Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Monday, June 28, 2010

Pesta Buku Selangor 2010








Bismillahirrahmaanirrahim

Tanggal 25 Jun sehingga julai (kalau tak silap) pesta buku negeri Selangor diadakan. Kepada sahabat-sahabat luangkan masa anda untuk membeli buku disana dengan potongan yang memuaskan.

Diatas adalah antara buku-buku yang sempat kami beli dan gambar sekitar suasana di tapak pesta buku di PKNS Shah Alam.

Wallahu Ta'ala A'lam

Saturday, June 26, 2010

Belansungkawa untuk Tok







26 Jun 2010

Assalalammualaikum..

Tok adalah orang pertama yang zaujah saya kenal dari kalangan datuk dan nenek. Tok juga hadir saat saya diijab kabulkan di perak. Kami sempat lawat tok di Ipoh. Tok selalu cerita bermimpi jumpa tokki.

Mungkin itu tanda-tanda tok dah tak lama bersama kami. Tok dah agak lama sakit. Tapi tak lah teruk sehingga semalam saya dapat khabar tok hadapi masalah jantung dan dimasukkan ke wad ICU.

Jam 7 am pagi saya dapat panggilan dari Umi. Kata umi Tok dah meninggal. Saya terkejut. Kemudian saya dapat tenangkan diri. Turut sedih adalah zaujah saya kerana tok adalah orang pertama yang zaujah saya kenal.

Kata Umi, tok meninggal jam 8 malam tadi. Tapi orang maklumkan pada umi agak lewat. Kalau maklum awal Umi boleh bagitahu awal pada saya, dan saya boleh terus pulang ke Terengganu.

Saya agak terkilan. Dua-dua (tok dan tokki belah abah) saat meninggal saya tak dapat bersama. Saya harap selepas ni saya ada kenderaan untuk drive sendiri kalau ada apa-apa.

Tiada apa yang mampu saya ucapkan melainkan doa untuk tok semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Wallahu Ta'ala A'lam

Friday, June 25, 2010

Cuti Sekolah









Assalamualaikum

Gambar di atas adalah aktiviti kami pada musim cuti sekolah pertengahan tahun baru-baru ini. Kami sempat ke Aquaria KLCC sebelum pulang ke Dungun. Di Dungun hampir setiap hari kami menghabiskan masa di pantai. Alhamdulillah.

Thursday, June 24, 2010

Hari Jadi Abang

23 Jun 2010









Bismillahirrahmaanirrahim

23hb Jun setiap tahun adalah tarikh lahir saya. Terima kasih kepada Umi kerana melahirkan Amad dan Abah kerana membesarkan Amad sehingga keharini. Buat Isteri tersayang terima kasih sayang. Juga terima kasih buat sahabat yang sentiasa mendoakan saya.

Gambar-gambar diatas sempena sambutan hari lahir saya dan seorang pelajar kelas iqra' Adam. Terima kasih buat ibu Adam kerana sponsor makanan.

Macam biasa bee hun la makanan yang paling sesuai untuk sambutan hari lahir jika nak diadakan secara kecil-kecilan. Jutaan terima kasih buat zaujah menyediakan beehun yang enak dan sedap.

Wallahu A'lam

Tuesday, June 15, 2010

Umi, Abah, Kaah Dan Hanis Buat Umrah





Assalamualaikum

Selepas Abah Perak, kini Abah Terengganu pula ke Mekah untuk buat umrah. Umi dan abah bertolak dari Dungun jam 1o malam tiba di Hentian Putra jam 4 pagi lebih kurang. Umi telefon kami dalam pukul 7 pagi mengatakan telah sampai di KLIA.


Pagi tu kami siapkan beehun, teh, keropok, dan nugget. Siap kemas barang-barang sekitar jam 11 pagi kami bertolak ke KLIA.


Perjalanan umi dan abah akan melalaui Mesir. Rombongan umrah kali ni akan berada di Mesir selama 4 hari. Bolehlah umi berjumpa dengan Yayah disana nanti. Saya kirim kitab untuk dibawa pulang.

Flight akan bertolak jam 1.30 pagi. Oleh kerana umi sampai jam 5 pagi di KLIA dan terpaksa menunggu sehingga satu setengah pagi maka umi dan abah ambil kesempatan untuk tidur di surau KLIA.

Kami juga setia menunggu sehingga jam 9 malam. Kami terpaksa beransur pulang kerana takut terlepas train terakhir ke Port Klang. Saya dan zaujah membawa Aslam dan Huda ke rumah kami di Kg Raja Uda.

Sampai kami di Port Klang umi menelefon dan menyatakan telah masuk check in. Semoga semua yang pergi kali ni mendapat umrah mabrur insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam

Friday, June 4, 2010

Umrah -abah & muzammil


Assalammualaikum.w.b.t..

Cuti sekolah dua minggu ni diguna sebaiknya oleh ahli keluarga kami. Baru-baru ni saya sempat bersama zaujah ke KLIA menghantar abah untuk mengerjakan umrah bersama Muzammil.

Kami bertolak dari Kg Raja Uda jam 6 pm ke rumah Yang di Shah Alam. Setelah solat maghrib kami terus ke KLIA.

Setelah bersalam dan bertanya khabar abah, saya dan zaujah sempat mencuri masa ke tempat-tempat kenangan kami di KLIA.

Ke Cafe KLIA sekejap mencari air memandangkan tekak dah mula kehausan. Belikan mak sebungkus mee kaca buat alas perut.

Abah tak masuk check in lagi kami dah terpaksa pulang. Lagipun keesokannya Yang kena bekerja. Kami bersalaman dan kirimkan doa-doa untuk abah doakan kami di tanah suci nanti.

Sampai di rumah, tubuh ni dah tak tahan berasa penat. Maka zzzzzzzzzzzzz ubatnya =)

Wallahu Ta'ala A'lam