Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Monday, August 16, 2010

Anakku..



Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Itulah sebaik-baik ucapan. Tiada ungkapan yang mampu saya katakan. Semuanya saya serah bulat-bulat pada Allah.

Hampir seminggu zaujah mengadu sakit perut. Kata zaujah budak tadika ada tumbuk perut dia. Saya sangka mungkin kesan dari tumbukan tu. Kami sapu-sapu ubat bias

Minggu lepas kami sempat ke Giant cari sedikit barang dapur. Zaujah terdetik nak beli pregent test sebab dah agak lama tak datang uzur.

Hari Isnin

Segala-galanya bermula. Selepas solat subuh, zaujah nak guna pregnent test. Saya dengar teriakan dari dalam tandas. " Abang...!!! Sayang positif ". Saya tak tahu nak kata apa, hanya ucapan Alhamdulillah yang terus menitir di bibir.

Petang tu kami ke Klinik untuk dapatkan kepastian. Alhamdulillah dah enam minggu. Nampaknya zaujah tak boleh buat kerja berat sangat. Kata doktor rahim tak kuat.

Saya akan usaha buat yang terbaik dan berserah bulat-bulat pada Allah. Abi tahu anak abi ni perlu berjuang seperti mana abi berjuang sekarang. Allahu Akbar..!!!

Wallahu Ta'ala A'lam

Sunday, August 15, 2010

Nasi Arab




Salam Ramadhan

Sempena bulan yang mulia bulan Ramadhan ini, saya ingin berkongsi bersama sahabat gambar nasi arab yang disediakan oleh zaujah tercinta.

Makin hari makin sayang. Mana tak nya, resepi zaujah ni pelbagai. Suruh masak apa, semua boleh. Cepat belajar tentang masakan.

Alhamdulillah, walaupun berat badan dah naik, skill bola sepak tak hilang lagi. Kesihatan pun bertambah ok. Emosi makin berbunga-bunga sebab hari-hari borak dengan baby kami kat dalam perut hehehe...

Sampai berjumpa lagi

Wallahu Ta'ala A'lam

Saturday, August 14, 2010

Kunjungan Umi Dan Abah



Bismillahirrahmaanirrahim

Hampir sebulan dapat lesen P berkali-kali Umi tanya nak guna Avanza tak. Akhirnya saya akur, kata Umi sebab di rumah dah tak ada tempat parkir kereta. (Tambah kereta Kaah).

Kunjungan Umi dan Abah kali ni kami raikan juga dengan makanan Morocco. Macam dah tak ada tempat lain nak jalan. Tuan kedai pun dah kenal kami.

Wallahu Ta'ala A'lam

" Bulan Ramadhan Bulan al Quran "

Friday, August 13, 2010




Bismillahirrahmaanirrahim

Kami mendapat kunjungan Kaah untuk kedua kalinya. Kali ni Kaah menguruskan soal permohonan Master di UKM.

Usai semua urusan, saya dan zaujah bercadang mengenalkan Kaah dengan makanan Morocco. Sekali lagi kami ke Bukit Bintang makan makanan Morocco. Oleh kerana perut melayu, nasi tidak kami lupa untuk dipesan.

Alhamdulillah.

Wallahu Ta'ala A'lam

" Salam Ramadhan Dari Kami "

Monday, August 9, 2010

Aktiviti 1





Bismillahirrahmaanirrahim

Ini adalah gambar sekitar aktiviti di dalam kelas di sekolah Tadika Eduwis. Zaujah setiap hari berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar dan Guru Besar yang garang. Namun ianya satu cabaran dan pengalaman dalam bekerja. Tadika amat berlainan dari mana-mana sistem persekolahan yang ada di Malaysia. Pelajar cepat berdikari dan lebih jauh ke depan. Untuk memahami sistem nya kenalah kerja sendiri di situ.

Wallahu Ta'ala A'lam