Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Wednesday, May 19, 2010

Hari Guru 2010







17 Mei 2010

Assalammualaikum.w.b.t..

Gambar-gambar diatas adalah sebahagian hadiah hari guru. Walaupun lima bulan mengajar mereka tak lupakan saya.

Yang l ebih mengharukan saya apabila ada cikgu lama yang bertahun-tahun mengajar disitu tidak dapat hadiah dari pelajar.

Sambutan hari guru peringkat sekolah membuatkan saya dimuliakan. Astaghfirullah tiada yang lebih mulia melainkan Allah.

Sempena hari guru ini saya tidak lupa untuk mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah, yang kedua terima kasih kepada Nafir yang menawarkan kepada saya peluang menjadi guru dan yang paling disayangi kedua ibu bapa yang selalu memberi sokongan untuk bergerak kedepan selagimana saya memilih jalan yang betul dan akhirnya buat isteri tercinta yang selalu ada dikala kesepian dan dirudum masalah. Alhamdulillah, nikmatMu cukup lengkap Ya Allah!!!

Wallahu Ta'ala A'lam




Umi Abah datang..


17 Mei 2010 (Isnin)

Assalammualaikum.w.b.t...

Hari ni duk umah sorang lagi..macam biasa abang ke sekolah dan saya jadi housewife sepenuh masa..sungguh sunyi keseorangan di rumah..=(

Alhamdulillah umi dan abah nak datang rumah sambil2 ambil Kaah di UIA..Hilang sunyi di hati..Umi banyak bawak barang2 utk kami, karpet, pinggan mangkuk, periuk,tilam, bantal dan lain2 lg..Yg penting umi bawak keropok losong..hehe..best sgt..rasa macam lama jer x makan keropok losong..Terima kasih byk2 untuk umi dan abah..=)

Antara barang2 yang umi bawa..

Selepas solat, makan t.hari, abang kata nak ikut umi abah sekali ke Uia,apalagi saya pun bersiap ala kadar nak gi jalan.hehe..maklumlah asyik duk rumah jer.Bila nak gi jalan excited terlebih pulak..=D
Barang2 Kaah selepas tamatnya belajar di Uiam..

Minum2 selepas angkat barang-barang..

wif my lovely hubby..=)

Selepas umi,abah dan kaah balik, dan kami balik sendiri.. Oleh itu, sempatlah kami menyinggah ke Midvalley..hehe.
Jom Makan! =)

Selepas makan2, solat maghrib, kami bertolak pulang..akhirnya sampai dirumah pukul 10 malam (first time)..huhu..Esoknya telefon umi tanya umi sampai Dungun pukul brapa.Umi kata pukul 10.30 malam...Beza antara kami sampai cuma 30 minit, tp kami still di Klang..huarghh!!

Wassalam..

Saturday, May 15, 2010

Hari Lahir yg ke 24


12 Mei 2010

Assalammualaikum.w.b.t..Add Image

Tahun ni ada kelainan ..Dulu sambut dengan kawan2 tapi tahun ni dah ada hubby..hehe.Mestilah bahagia sambut bersama insan tersayang..tapi Abang nak sambut dengan anak2 murid iqra' kami..sambut ramai2 sebenarnya lebih meriah..jadi kami x sambut berdua, tapi beramai2..Saya masak mana yang sempat jer memandangkan hari tue adalah hari sekolah, dan kami siap beli barang2 dalam pukul 6.30ptg..byk window shopping jer..tue yg yg makan masa..hehe..Lepas maghrib terus bergerak ke dewan JKKK Kg. Raja Uda..Kelas ni berakhir pukul 9.30 malam..

Warna PINK! ehehe..suke3x...=)

Anak2 murid Iqra' 1 dan 2
Abang yang suka bercerita..

Makan selepas solat Isya' berjemaah

Ku berdoa Allah memberi kerahmatan dan keredhaan kepada ibuku (mak di Sayong)kerana berusah payah untuk melahirkan ku..sebenarnya hari ini ku sambut hari lahir adalah untuk 'ma cayannnggg'...Rindu kat mak..huargghhh!! =(
Mak!! Bila mak nak datang sini lagi..hehe

Akhirnya terima kasih x terhingga utk abang dan mak, abah yg byk bersusah payah untuk nor..mm, sekarang nak gi bersiap..sikit lagi abang balik nak bawak saya temankan nya main bola..=)

Wassalam..


Friday, May 14, 2010

Sahabat ku datang..


10 Mei 2010

Assalammualaikum.w.b.t..

Hari ini saya sangat gembira kerana dua sahabat baik ku datang..best sangat..hilang rasa sunyi..Jadi saya masakkan Nasi Arab Damsyik..hehe..walaupun x menjadi sangat..tapi bolehlh,sebab saya bukannye org Arab pun..hehe..

Ayam yang diperap dengan garam,bawang putih dan serbuk lada putih.

Taraa! dah siap untuk dimakan.. =)

Tenyum2x pulak baca doa makan..control ayu..hehe

Cik Hanin dan puding buah cik nor buat yg x menjadi..hehe
Cik Shiken dengan Airnya..Boleh jadi model ni!! =)

Lepas makan2 saya minta izin dgn abang nak keluar jalan2 ngan diorang ke Jusco Bukit Tinggi...n sudah pasti abang benarkan.. =)

Sebelum balik, diorang sempat lagi bagi hadiah sempena hari jadi saya yg ke 24 ni..cantik dan comel sebab korang pilih warna PINK..hehe.suke3x..terima kasih x terhingga sahabat..Moga ukhwah yg dibina keranaNYA dan kte hidup di dunia ini juga keranaNYA...

Sedih nak berpisah..pasti akan sunyi kembali..X sabarnnye nak keje..Kerja..dimana dikau..??

Wassalam...

Tuesday, May 4, 2010

Sunyi..



Assalammualaikum...w.b.t...

Hari ni macam biasa..abang ke sekolah dan ada pulak lawatan sambil belajar.Manakala, saya di rumah terasa amatlah bosan dan sunyi keseorangan..tak tahu nak buat apa hari ni....padahal ada paper satu lagi 8hb ni ..hehe..paper public relatins..harap2nya dapat jawab dengan baik nanti..esok baru nak pulun betul2 study, maklumlah baru ptg semalam ada paper..today=for release my brain a while.huhu..

Puas surfing internet ke sana kesini, hati masih juga rasa sunyi...sunyi tanpa insan ygbang tinggalkan dicintai disisi..Abang tinggalkan wasiat suruh baca buku2 haraki dan mengupload videos jihad, tapi tak dapat nak upload..tak tahulah kenapa..dan saya kembali sunyi dan bosan..akhirnya, belek2lah laptop abang tgk gambar2..dan saya akhirnya jumpa wajah2 keriangan anak2 buah saya...

Abah dan cucu2nya (jibril & 'lman nahla),bisik apa tuh..?? =p

Abang Jibril dengan wajah keriangannya...


Muhammad Adam.. anak Yang yg ke-3



Yang dan anaknya, si Alia yg commeii!

Nahla berlari ke arah abahnya..

Gambar2 diatas mcm kisah kasih sayang antara ayah dan anakkan..hehe..mcm lah bulan Mei ni Hari Bapa kan..hehe


Inilah insan yang saya tunggu, my hubby.. =)


dan..hati saya terhibur.... =)

p/s: tak tahu nak menulis apa..hanya coretan hati.. =)

Monday, May 3, 2010

Umi Nak Datang

Bismillahirrahmaanirrahim

Setelah sekian lama umi tak datang Klang. Mungkin saat terakhir umi berada di Klang ketika belajar di tingkatan 3-5 di Kolej Islam Klang.

Insyallah tiada aral melintang umi akan datang ziarah kami disini. Tak sabar rasanya nak tunggu kedatangan umi.

Tarikh asal umi nak datang sini adalah 8/5/10 tetapi telah ditunda beberapa hari sebab Kaah ada program di UIA Gombak. Oleh itu tarikh umi datang kesini bergantung kepada Kaah.

Turut bersama umi adalah Abah dan Kaah. Oleh kerana rumah ni serba kekurangan harapnya tiada masalah sangat. Lagipun tak ada masalah hidup susah. Tarbiyah orang kita.

Zaujah tercinta sedang bertarung dengan exam. Apa pun abang doa yang terbaik untuk sayang. Moga dipermudahkan ketika menjawab insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam