Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Saturday, February 18, 2012

Fidaiy Demam

Bismillahirrahmaanirrahim

Dua tiga hari ni kami banyak berjalan. Sepertimana biasa, Fidaiy tak kan kami tinggalkan. Kemana kami pergi disitulah Fidaiy pergi.

Sejak berjalan dua tiga hari ni, hasilnya Fidaiy demam. Panas badan, muntah-muntah dan cirit birit. Alhamdulillah lepas sehari Fidaiy dah mula ok. Anak umi dan abi ni memang kuat, walaupun panas, tangan dan kaki nya tak pernah berhenti buat kerja.

Abi pula tak selesai-selesai dengan masalah. Nak selesai satu masalah, masalah lain pula sampai. Kami hanya mampu berdoa dapat selesai semua masalah ni. Setakat ni yang menjadi mangsa adalah proposal yang terpaksa ditangguh kerana masalah-masalah ini, harapnya mampu diselasaikan.

Faham sangat dengan abi ni, kalau satu masalah tak selesai lagi, dia tak kan boleh buat kerja lain kecuali kerja-kerja kecil. Inilah kehidupan dunia, makin meningkat umur, ilmu, makin tinggi dan bertambahlah tanggungjawab. Terpulang kepada kita menyelesaikan nya.

Saya pula dah dapat kerja sebagai cikgu ganti di sekolah yang sangat hampir dengan rumah kami. Tiga bulan tempoh pekerjaan saya. Fidaiy hantar ke taska dekat abi mengajar. Tak ada kelas, abi pergi jengok-jengok Fidaiy yang dah mula nak berjalan ni.

Semoga kami berjaya mengharungi perjalanan kehidupan dengan jayanya, makin tinggi kesabaran, tolong-menolong, saling memahami, insyallah semuanya akan baik.

Wallahu alam


Monday, January 30, 2012

Tahun Baru 2012





Assalamualaikum

Setelah sekian lama blog ini ditinggal bersawang, berjin, bersemak dan entah apa lagi yang sesuai untuk digambarkan betapa lamanya ditinggal.

Alasan memang banyak boleh dilontarkan. Mengurus rumahtangga, masa, malas, kerja lain dan banyak lagi. Tapi bak kata pepatah " nak seribu daya tak nak seribu dalih ".



Bulan Disember 2011 adalah tempoh Abu Fidaiy menempuh peperiksaan. Hampir sebulan berlangsung. Abu Fidaiy tidak tertekan, katanya peperiksaan di Malaysia lebih mudah. Alhamdulillah.

Tempoh itu juga Abu Fidaiy mendapat tawaran kerja di KAFA yang paling hampir dengan rumah kami. Awal bulan Januari 2012 dah boleh kerja dan sekarang dalam tempoh perkhidmatan. Masa mengajar hanya disebelah petang.

Dalam tempoh perkhidmatan ini banyak pula tawaran Research Asistant (RA) daripada UKM untuk Abu Fidaiy. Oleh kerana dah ikat janji dengan sekolah dan pelbagai tanggungjawab ditaklifkan, RA ini katanya nak diberi kepada sahabat-sahabat dia.

Sayang juga fikirkan kalau tolak tawaran ini, lapangan Abu Fidaiy dan demi kerjaya akan datang RA adalah satu prospek yang terbaik. Moga pilihan nanti adalah yang terbaik dan tepat. Mungkin dalam pertengahan bulan dua akan dipanggil untuk tugasan RA.

Saya, sehingga bulan November 2011 adalah masa akhir perkhidmatan sebagai guru ganti SK Jalan 6 Bandar Baru Bangi. Hampir tiga bulan berkhidmat disitu. Seronok sebab saya jadi guru Kokurikulum (Koko). Kulit terbakat sikit je sebab bertugas sebelah petang yang agak mendung. Abu Fidaiy habis kelas terus ambil di sekolah.


Fidaiy pula dalam tempoh tu bersama pengasuh. Ibu kepada anak murid iqra' kami. Alhamdulillah pengasuh yang baik dan Islamik. Kini saya hanya suri rumah sepenuh masa. Tapi saya tak putus untuk mencari kerja yang terbaik. Suasana sekarang tak membantu saya menjadi sepenuh masa. Abu Fidaiy harus dibantu.


Berniaga, lihat ramai dikalangan sahabat-sahabat seperjuangan samada di Kedah mahupun di Shah Alam, mereka mula berniaga. Macam-macam perniagaan dijalakan. Buat kek, jadi cameraman atau camerawomen dan macam-macam lagi. Terfikir juga nak jadi seperti mereka tetapi, pelbagai benda nak difikir. Tapi kalau tak mula selama-lamanya dalam kepala je lah mimpi nak berniaga ni.

Fidaiy pun dah 9 bulan lebih. Tak lama lagi nak setahun. Fidaiy galak membesar. Dah pandai aminkan doa, takbir, cium pipi Abi dan Umi, tepuk tangan, panjat katil dan meja, cuba-cuba nak berjalan dan tidak tidur melainkan malam. Umilah yang banyak melayan Fidaiy hari-hari. Permainan yang paling Fidaiy suka adalah 'wrestling', mangsanya juga Umi. Kalau Abi ada, Abi juga mangsa.

Fikirkan Fidaiy, memang tak boleh duduk je kat rumah ni. Semoga ada rezki dapat kerja untuk tabungan masa depan Fidaiy. Paling kurang meringankan beban Abu Fidaiy insyallah. Allahumma Yassir Umurana Ya Rabb.

Wassalam