Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Tuesday, March 30, 2010

Ke Tasik Shah Alam



Assalamualaikum

Selesai kerja saya memang tak tahu nak buat apa di rumah. Zaujah juga begitu di universiti. Katanya assingment dah siap dan tak ada kerja. Jadi kami rancang petang tu nak ke tasik Shah Alam.

Saya bawa tikar, kamera, dan helmet. Apabila sampai di tasik kami mencari tempat yang sesuai. bergambar barang dua. Tengok di langit awan gelap. Kami terus menuju ke dalam PKNS.

Akhirnya kami berkelah di dalam pusat beli belah bukan di tasik. Mungkin lain kali. Yang best berkelah dalam pusat beli belah ni banyak makanan, ada air cond dan kedai buku hehehe....




Lain kali kalau ada kesempatan kami nak berkayak kat tasik ni insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam

Saturday, March 27, 2010

Demonstrasi Karikatur




Bismillahirrahmanirrahim

Selesai kerja 12:35 pm saya terus ke Stesyen KTM Kg Raja Uda menuju ke KL Sentral. Biasa saya akan ke Shah Alam hari jumaat, oleh kerana zaujah ada kerja sampai petang saya mengambil keputusan untuk bergabung dengan peserta demo.

Sampai di KL Sentral saya menuju ke Ampang Park. Keluar sahaja dari stesyen saya dah nampak gerombolan peserta demo di kaki sebuah bangunan. Bertempatnya kedutaan Sweden di bangunan tersebut.

Antara yang saya jumpa di demo tersebut Pak Mertua saya, Abang Sazali, Iqbal (kawan MADA) dan Angah (Senior MADA).

Disini beberapa gambar yang sempat saya rakam...













Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar....!!!!!

Monday, March 22, 2010

Perancangan Allah






Assalamualaikum

Masa mula-mula kahwin antara perkara yang saya fikir adalah kerja. Walaupun umi dan zaujah tak lah mendesak sangat untuk kerja tetapi ianya secara automatik terasa bertanggungjawab.

Sebelum kahwin saya ada isi borang untuk temuduga sebagai pensyarah kontrak di UITM Dungun. Masa temuduga saya dah kahwin, zaujah lah yang beri semangat dan teman saya ke temuduga.



Saya memang berkeyakinan penuh dapat kerja tu. Memandangkan saingan tak tinggi. Apakan daya masalah sijil dan kroni menjadi halangan. Saya tak kisah saya redha dengan ketentuan itu.

Zaujah sudah mula sem baru, perlu kembali ke Shah Alam. Perancangan saya adalah dua minggu sekali saya akan ke Shah Alam untuk bertemu zaujah. Dan begitu juga sebaliknya. Zaujah akan balik ke Dungun dua minggu sekali.

Tetapi perancangan seperti itu memang amat rumit, jauh, memakan masa dan duit yang banyak. Lagipun cuti di Selangor adalah Sabtu dan Ahad, di Terengganu Jumaat dan Sabtu. Betul-betul merumitkan.



Selepas saya tidak diterima sebagai pensyarah saya bekerja sementara dengan abah di kedai. Dalam masa yang sama saya mencari kerja di internet. Tak sampai seminggu saya dapat kerja di Mantin sebagai pembantu akedemik di Kolej Lagenda.

Gaji Lumayan tetapi menaruh nasib. Saya dapat sewa rumah dekat dengan kolej. Bayaran permualaan RM500 dan tiap-tiap bulan RM300.

Saya betul-betul tak suka kerja tu. Sebenarnya kerja meniaga pendidikan dan promoter. Betul-betul melanggar prinsip saya memperjuangkan pendidikan percuma.

Hari pertama saya hanya ikut mesyuarat. Hari kedua saya ada training di Janda Baik selama tiga hari. Kemudian terus sambung ke Kelantan buat promosi. Sepanjang seminggu bekerja seperti itu saya nekad untuk berhenti kerja.



Hanya seminggu saya bekerja disitu. Zaujah sempat balik ke rumah di Mantin sekali sahaja. Saya betul-betul tak tahan dan sunyi di Mantin. Rasa nak 'gila' pun ada duduk berseorangan disitu. Kiri kanan rumah flat kosong. Zaujah pula terpaksa menaiki komuter dari Shah Alam ke Batang Kali satu perjalanan yang jauh.

Akhirnya saya berhenti dan pulang ke Dungun bekerja dengan abah. Gaji setiap bulan pun lumayan abah dan umi bagi. Rumah dan makan memang dah free. Tapi saya akan berjauhan dengan zaujah. Itu buat saya tertekan sekali lagi.



Sehari saya sampai di Dungun saya dapat tawaran kerja sebagai guru di Klang. Nafir yang tawarkan kepada saya. Ibarat mengantuk di sorongkan bantal. Saya bagitahu Nafir saya setuju nak dapatkan tawaran tu.

Saya mintak tangguh sehingga seminggu kerana saya baru sahaja sampai di Dungun. Kata Nafir peluang ni amat terhad. Tanpa membuang masa malam tu juga saya ambil tiket ke Klang. Kali ni saya dah kemaskan semua baju-baju. Saya letakkan 100% pada kerja ni.



Klang dan Shah Alam sekitar 15minit dengan menaiki motorsikal. Akhirnya Allah merancang kami duduk dekat. Tidak sampai sebulan semuanya berlaku. Sekarang sudah masuk bulan ketiga perkahwinan kami.

Tiap-tiap minggu zaujah tak pernah terlepas untuk balik ke rumah. Setiap kali balik setiap kali tu lah saya gembira dan bahagia. Cuma sedikit sedih dan derita saat nak berpisah. Zaujah akan ke UITM pada pagi Isnin dan saya akan bekerja seperti biasa.



Walaupun begitu saya menyatakan setinggi kesyukuran kepada Allah dalam mengatur hidup kami. Dan saya anggap ini satu perancangan Allah yang betul-betul rapi. Seseorang tidak akan betul-betul menghargai nikmatnya berteduh kecuali setelah merasai teriknya panas. Begitulah ibarat perjalanan hidup kami.

Alhamdulillah ucapan yang terbaik boleh saya panjatkan atas nikmat yang dikurniakan Allah ini.

Wallahu Ta'ala A'lam

Sunday, March 21, 2010

Batuk

Assalamualaikum

Kami menghadapi batuk. Batuk ni sejak kami demam minggu lepas. Alhamdulillah saya beransur baik, tapi zaujah asyik batuk, tak sanggup saya dengan zaujah batuk tengah-tengah malam, seolah-oleh saya juga berasa sakitnya.

Kini kami cuba memakan ubat, minum air suam dan minum air asam jawa.. Setiap kali batuk setiap kali tu tubuh kami berasa lemah dan tak bermaya. Oleh sebab batuk ni juga selera makan kami makin berkurangan. Semoga kami cepat sembuh dari batuk ni.

Kami berharap doa-doa dari sahabat dan sanak sedara agar kami kuat dan cepat sembuh untuk terus berjuang menghadapi onak duri hidup ini. Insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam


Saturday, March 20, 2010

Produk Kesihatan


Assalamualaikum

Untuk semua pembaca. Kadang-kadang kita dah tahu makanan itu ini boleh datangkan penyakit, tetapi sebagai manusia yang lemah selalu kita kalah dengan nafsu makan. Semua benda kita makan tanpa berpantang dan akhirnya pelbagai penyakit yang kita tanggung.

Sekarang buat mereka yang menghargai nikmat kesihatan kami menyediakan satu produk bagi menyelamatkan anda daripada masalah seperti Gout, Sendi dan yang paling best mengurangkan berat badan. Insyallah.

Bagi yang berminat boleh menghubungi Shuhada di talian 0192391431.

Anda juga boleh melawati laman web kami di http://www.hayat.my/yani.htm

Wallahu Ta'ala A'lam

Thursday, March 18, 2010

Cuti Seminggu

Assalamualaikum

Cuti seminggu. Saya betul-betul sunyi berseorangan di rumah. Walaupun kiri kanan ada orang saya tetap rasa sunyi. Rasa sunyi ni hampir menyamai sunyi masa di Mantin dulu. Tapi yang di Mantin paling teruk dalam hidup saya.

Hari Selasa selesai buat lesen, rabu dan khamis lukis mural di sekolah. Lepas tu saya akan rasa kesunyian. Nak hilangkan sunyi saya membaca, bosan membaca saya tidur. Betul-betul rasa berat kepala ni asyik tidur sahaja.

Saya tak sunyi kalau ada zaujah. Dapat tengok muka pun dah rasa berbunga-bunga dan ceria dalam hati. Tapi saya faham zaujah sibuk dengan final year. Saya perlu beri sokongan yang terbaik untuk zaujah. Hait!!! bersemangat sayang, abang sentiasa doakan sayang.

Esok lepas selesai kerja di sekolah saya nak pergi ambil zaujah di Shah Alam. Nak solat di masjid negeri lepas tu makan tengahari bersama zaujah, tak sabarnya nak tunggu hari esok. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam

Monday, March 15, 2010

Kalumpang




Assalamualaikum

Sedang sibuk kami mengharungi minggu peperiksaan tibalah saat kami merehatkan diri untuk seketika. Kali ini Syarikat One Touch Creative aka Yop punya syarikat mengadakan family day di Tanjung Malim.



Suasana disana cukup menyegarkan. Jauh dari kesibukan dunia. Alhamdulillah setinggi kesyukuran kami panjatkan padaMu Ya Allah.

Hari pertama kami hanya berjalan-jalan melihat pemandangan sambil menunggu malam untuk makan malam.




Hari kedua kami ada sukaneka. Semua terlibat. Tak kira besar kecik tua dan muda.

Family day kali ni melibatkan semua ahli keluarga zaujah kecuali angah yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan staf-staf OTC. Kami dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan bertanya perkembangan masing-masing.


Sudah tentu orang yang paling gembira adalah zaujah. Dapat berjumpa ibunya tercinta setelah lama sibuk dengan kerja-kerja di UITM (Start kuliah, sakit kepala balikkan? Sabar ye sayang).


Dan saya turut tumpang gembira, terutama bila dapat bercuti begini bersama zaujah dan bermain dengan anak-anak buah yang comel-comel dan kecik-kecik.






Selesai acara sukaneka, acara bebas. Apalagi kami terjun kolam dan sungai la.



Disebelah malam kami ada BBQ. Seekor kambing. Walaupun daging nya agak keras semuanya makan dengan berselera. Malam tu saya tak berselera menjamah nasi. Lauk pauk sahaja saya makan.

Saya menyatakan rasa terharu sangat-sangat kerana tiada gambar kami berdua yang cantik. Semuanya kabur. Nak upah juru foto melampau la kan. Yang penting percutian kali ini menjadi saat-saat yang manis dalam hidup kami untuk dikenang-kenang.


Wallahu Ta'ala A'lam





Tuesday, March 9, 2010

Exam

Assalamualaikum

Lama tak bersua. Minggu ni adalah minggu peperiksaan. Bagi saya di sekolah saya bertugas menjaga peperiksaan. Bagi zaujah pula minggu ni minggu peperiksaan.

Saya berasa amat tenang apabila peperiksaan dijalankan. Pelajar senyap dan tekun menjawab soalan. Sekolah sunyi seperti tak wujud pelajar kecuali guru-guru.

Zaujah pula bertarung dengan nota-nota dan peperiksaannya. Apa yang boleh saya bantu adalah doa dan kata-kata semangat.

Saya betul-betul yakin dengan zaujah, nampak simple sahaja persiapan peperiksaan, resultnya boleh tahan. Abang doakan yang terbaik untuk sayang.

Usaha, doa-doa, dan tawakkal. Itulah yang terbaik dari seorang hambaNya. Insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam


Sunday, March 7, 2010

Kami Diziarahi

Assalamualaikum

Semalam saya ada program sambutan maulidur rasul di sekolah. Saya pada awalnya ditugaskan menjadi pengacara majlis. Tetapi akhirnya ditukar menjadi pembaca doa sahaja. Alhamdulillah.

Program 80% berjalan baik. Selesai program saya mintak izin untuk pulang. Sampai di rumah zaujah sambut di pintu. Sejuk hati ini.

Sedang berbual dan berehat kami dikejutkan dengan panggilan telefon. " assalamualaikum mad, nok mari dumoh ni, dalam sejam lagi". Kata sepupuku Halim dengan loghat Terengganu di hujung telefon.

Tengok jam pukul 1 pm lebih. Aduhh! tak ada satu apa makanan pun di dapur. Kami dengan kelam kabut mengemas dan merancang masak nasi ayam.

Saya bergegas ke kedai dengan senarai yang ditulis zaujah. Zaujah pula mengemas dan menghias rumah yang serba sederhana ni (atau kurang).

Tak sampai sejam mereka dah sampai. Mujurlah zaujah seorang yang memang cekap bab masak. Nasi ayam serba ringkas boleh siap sebelum mereka sampai.

Sepupuku bersama isterinya adalah orang pertama keluarga belah saya sampai ke rumah ini. Mereka makan dengan berselera. Kata isteri sepupuku tu dia nak mintak resepi dari zaujah macam mana nak masak nasi ayam.

Sepupuku ni juga seorang guru, maka kami berkongsi pengalaman bagaimana mengajar budak-budak disitu. Sebelum mereka pulang zaujah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka supaya mengisi borang research untuk final sem nya.

Kami rasa bersyukur sangat kerana ada juga orang menjenguk kami disini. Alhamdulillah.

Wallahu Ta'ala A'lam

Thursday, March 4, 2010

Bagaimana HAWA Dicipta?


Bismillahirrahmaanirrahim

Kita tahu yang HAWA dicipta dari tulang rusuk Nabi Adam. Tahukah anda yang tulang rusuk Nabi Adam ditarik ketika beliau sedang tidur.

Takala sedar dari tidur Nabi Adam melihat seorang perempuan berdiri dihadapannya. Dan beliau amat menyukai perempuan tersebut.

Tahukah apa rasionalnya Hawa dicipta ketika Nabi Adam sedang tidur? Sebenarnya jika tulang rusuk Nabi Adam ditarik dalam keadaan sedar, sudah tentu Nabi Adam akan berasa sakit. Maka ciptaan Hawa bukannya disukai dan disenangi Nabi Adam tetapi dibenci.

Barulah saya sedar kenapa saya menyukai, menyenangi, mencintai, merindui zaujah tercinta. Saya mewarisi sifat datuk Adam alaihi salam.

Wallahu Ta'ala A'lam

Tuesday, March 2, 2010

Bersama Ust Hasrizal



Bismillahirrahmaanirrahim

Ketika di sekolah saya sempat menghantar beberapa sms bertanyakan khabar zaujah. Alhamdulillah katanya tak ada masalah, cuma sibuk dengan kertas kerja. Tambah zaujah lagi hari ni ada forum Maulidur Rasul. Antara panelnya ialah Ust Hasrizal.

Entah kenapa hati ni membuak-buak nak menghadiri program tersebut. Saya aturkan temu janji dengan zaujah. Hampir jam 7pm saya sampai di UITM. Persiapan program sedang siap dijalankan.

Kami keluar makan dan menunaikan solat maghrib di Masjid Shah Alam. Selesai solat kami terus meluncur laju ke UITM. Program dimulakan dengan persembahan nasyid dan ucapan oleh dif-dif kehormat.

Forum bermula dengan baik. Makin panas apabil soalan diajukan kepada ahli panel. Ust Hasrizal banyak mengupas apa yang ditulisnya di dalam blog. Penyampaiannya cukup jelas dan bernas. Sesuai dengan kelompok siswa siswi di UITM.

Di akhir program sebelum Ust ke dewan makan saya sempat meminta izin untuk bergambar dengan Ust. Oleh kerana Ust memang sensetif soal adab, saya harap permintaan saya tadi beradab.

Hanya ucapan Alhamdulillah untuk mengambarkan perasaan saya pada malam ni.

Wallahu ta'ala A'lam

Monday, March 1, 2010

Kami Akan Berjumpa

Bismillahirrahmaanirrahim

Hari ni kami akan berjumpa dalam satu program. Atas nikmat ilmu dua hati bertemu. Berjumpa di post akan datang insyallah.