Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Saturday, February 27, 2010

Lulus



Assalamualaikum

Setelah sekian lama saya menunggu ingin mengambil test undang-undang jalan raya. Alhamdulillah saya dapat menjawab dengan baik dan lulus dengan jaya nya.

Dari pukul 8 pagi sampai pukul dua petang di tempat test. Bosan tahap tak tahu nak cakap apa. Lama sangat menunggu. Pulang ke rumah, saya beli barang masak untuk makan tenghari.




Alhamdulillah juga atas nikmat rezki untuk petang itu. Selesai makan kami berbincang nak buat apa petang tu. Akhirnya kami memutuskan nak ke Jusco Bukit Raja.

Seperti sedia maklum (terutama warga Klang dan sekitarnya) jalan masih lagi dalam pembinaan dan kesesakan amatlah teruk.





Kami selamat tiba di Jusco. Hari tu kami hanya habiskan masa bersama di kedai buku, tengok pakaian, cari ubat, dan makan-makan.

Kami tiba di rumah jam 10 malam. Begitulah kami menghabiskan masa bersama di hujung minggu ni. Walaupun simple yang penting seronok. Alhamdulillah.

Wednesday, February 24, 2010

Disitulah Bahagia

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS ar Ruum:21)

Alhamdulillah...

Tuesday, February 23, 2010

Ust Riduan Mohamad Nor




Bismillahirrahmaanirrahim

Selesai solat isya' perut terasa lapar. Kerja sekolah banyak yang tak siap sejak dari petang tadi. Saya mengambil kunci motor terus memecut laju ke kedai. Selain nasi dalam kepala ni saya set kan juga perangkap tikus atau racun tikus sempena pengisytiharan perang petang tadi.

Lalu depan markaz Pas Kg Raja Uda saya terlihat satu banner " Memperingati 61 tahun pembunuhan Hassan Al Banna " bersama Ust Riduan Mohamad Nor. Motor saya berhentikan. Terus saya capai telefon dan check tarikh pada banner tersebut. 23hb feb 2010. Harini.

Saya bergegas ke kedai dan pulang dengan segera ke rumah. Kamera, beg duit, dan buku saya capai. Makan ala kadar kemudian terus ke markaz. Alhamdulillah program belum bermula.

Harini saya cukup bertuah kerana dapat melihat dan mendengar pebentangan dari Ust Riduan yang mana sebelum ni saya hanya mengenali beliau melalui buku. Ust Solehuddin Ayub pernah memuji Ust Riduan atas kerajinan beliau menulis buku.

Sedang sesi pebentangan panggilan telefon dari zaujah masuk. Maaf sayang abang tak ada peluang untuk mengangkat tadi. Kedudukan Abang di saf depan. Abang faham sayang tentu risau takut apa-apa berlaku.




Sempat juga saya mencelah menghantar sms menghilangkan rasa risau zaujahku. Semoga malam yang penuh berkat ni memjadi pemangkin dalam perjalanan perjuangan Insyallah. Terima kasih buat zaujah yang amat memahami abang.

Wallahu Ta'ala A'lam

Tikus


Kesan gigitan tikus

Assalamualaikum

Inilah ancaman baru yang saya hadapi di rumah sewa ni. Dahulu sedang saya mengadap internet saya ternampak satu lembaga kecil di dalam bilik. Saya tak hiraukan.

Semalam saya tengok roti gardenia di tepi dinding. Saya perhatikan betul-betul ada gigitan tikus pada plastik dan roti tersebut. Kemudian saya cari keropok lekor nak goreng. Tak ditemui. Rupanya ada di belakang loker baju. Barulah saya tahu lembaga kecil tu adalah tikus.

Harini pulang dari sekolah saya ke dapur nak tengok tikus ni usik apa pula kali ni. Nampak seperti tak ada apa-apa. Saya terus ke tandas, eh!? bila pula sabun kat atas lantai ni. Saya perhati betul-betul pada sabun tu ada kesan gigitan tikus. Dah melampau tikus ni. Geram nya.....!!!!

Mulai hari ni saya isytiharkan perang habis-habisan terhadap tikus di rumah ni. Dapat nanti siap!!! aku kerjakan.huhuhuhu...

Wallahu Ta'ala A'lam



Monday, February 22, 2010

Kenderaan BESAR.


Assalammualaikum.w.b.t


Sepanjang cuti mid term baru-baru ni, saya belajar dua perkara baru iaitu bermain bola dan memandu KENDERAAN BESAR. Abang telah mengajar saya bermain bola sehingga dapat kalahkannya 9-4. Sukenye dapat kalahkan cikgu bola (Abang).Kata abang, saya boleh bermain bola dan perlu diasah lagi.

Memandu KENDERAAN BESAR? He3.sebenarnya bukanlah kenderaan besar seperti Lori, Jentolak, Bas dll, tapi hanyalah Avanza dan Pajero.Bagi saya, apa-apa kenderaan yang selain dari Kancil dan Kelisa adalah BESAR. Saya agak gayat dan takut jika accident dengan kenderaan sebegini.

Akibatnya? Amatlah parah..Namun, saya telah atasi ketakutan ini dengan sokongan moral dari Abang, Umi dan Abah. Saya beranikan diri sebab abang ada di sebelah jadi ‘kapten’ untuk saya. Best pulak bawak kenderaan besar ni.Jadi tak takut pada kenderaan besar yang lain sebab kite pun memandu kenderaan yang besar juga.hehe..

Terima Kasih Abang...

Setakat ini dahulu yer.Nak masuk tidur dulu.Pagi-pagi sok ada kelas Law.huhuhu. takut mengantuk.hehehe. Semoga saya menulis lagi sebab Abang rindukan penulisan saya.Ila liqa’.

Sunday, February 21, 2010

Pertama kalinya..

Tok (sebelah Abah)


Assalammualaikum.w.b.t..

Mmm…pertama kalinya saya menulis di blog ni setelah ramai yang tertunggu-tunggu entri dari saya..hehe..sebelum-sebelum ni hanya bagi idea kat abang,dan abang yang menulis..yerlah..kte tak ader bakat dalam penulisan ni..huhuhu...

Hari ni seawal 6.50 a.m kami keluar dari rumah kerana saya perlu pulang ke UiTM walaupun hari Isnin tiada kuliah, Saya perlu siapkan assignment Global Affairs, Public Relations dan Research yang perlu dibaiki dari hari ke hari.Abang hantar kat stesyen KTM Kg. Raja Uda.Terima Kasih tak terhingga Abang sebab hantar dan tuggu sayang. Abang perlu ke sekolah paling lewat 7.10 a.m kerana punch in sekolah mestilah sebelum 7.25 a.m.

Bersama nenek (sebelah Umi)


Sepanjang bercuti mid term break di Dungun, kami sempat menziarahi keluarga Abang di Kuala Trgganu.Nenek, Tok dan Tokki sangat gembira dengan kedatangan kami hari tue. Sampaikan kami nak balik ke Shah Alam haritu nenek sempat lagi kirimkan lauk gulai ayam kampung (kesukaan Abang)dan lauk-lauk lain pada abah yang pulang ke KT untuk kami.


Tokki (sebelah abah)

Gulai ni sangat special bagi kami sebab tokki yang sembelihkan sendiri dan dimasak oleh nenek.Walaupun kedua-duanya uzur tapi masih bersemangat untuk masak gulai ni.Berselera kami makan sebelum bertolak pulang ke Shah Alam.Siap bagi kain batik lagi sebagai hadiah.Haritu dah bagi, ni bagi lagi..alhamdulilah..Terima Kasih nenek. Sayang sume..

Apalagi yer nak crita,kite ni tak pndi sangat menulis..huhu.Setakat ini dahululah yer. Jumpa lagi. =)

Jamuan



Assalamualaikum

Bertolak dari Dungun malam tadi lebih kurang 11:30 pm. Tiba di Shah Alam jam 5 pagi. Perkhidmatan teksi memang banyak di subuh hari. Pilih dan Sediakan ong kos nya sahaja.

Nak ke Kg Raja Uda kena tunggu LRT. Pukul 6:41 am barulah ada LRT menuju ke Port Klang. Tiba tadi lebih kurang 7:30 am. Sarapan kemudian tidur. Mata ni tak tahan benor ngantuk.

Saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari Nafir. " Dah sampai? " "dah" balasku. "Tengahari ni datanglah rumah, buat makan-makan sikit" tambah Nafir. " Insyallah" jawab dengan hati berbunga.

Baru sahaja sampai dah ada orang jemput makan. Tak baik tolak rezki. Walaupun zaujah berasa segan tapi saya tak menolak. Saya tahu Nafir masak sedap. Lagipun tak nak susahkan zaujah masak.



Nasi Yamani dengan teh ais limau. Cukup menyegarkan. Saya makan sekenyang nya. Selesai makan kami borak soal kerja, kawan-kawan, apa yang kami buat masa cuti dll.

Agak dah tak ada apa lagi saya mintak izin dengan zaujah untuk berundur. Setinggi ucapan terima kasih baut Nafir kerana menjemput kami makan tengahari. Nasi tadi memang sedap.

Wallahu Ta'ala A'lam

Thursday, February 18, 2010

Genap Dua Bulan




Assalamualaikum

Alhamdulillah genap dua bulan usia perkahwinan kami. Pejam celik cepat benar masa berlalu. Rasa macam dua tiga hari lepas baru berkahwin.

Sepanjang perkahwinan ni kami tak mengalami masalah yang besar. Semua yang dilalui rasanya manis belaka. Tiada yang lebih kami harapkan melainkan hubungan ini berkekalan bahagia dunia dan akhirat.

Semalam masing-masing tunggu jam 12 malam. Apakan daya, rasa mengantuk lebih kuat mengatasi segala-galanya pada waktu itu. Maka tertidurlah kami sehingga subuh.

Tak apalah, ada yang lebih penting dari itu. Kebahagiaan kami yang berpaksikan Allah dan RasulNya, tanpa asas ini tak mungkin sesiapa pun mengekalkan rumah tangganya. Itulah tujuan sebuah perkahwinan.

Mungkin saya boleh mengupas " tujuan perkahwinan adalah Allah dan RasulNya " pada waktu yang lain insyallah.

Wednesday, February 17, 2010

Main Bola




Assalamualaikum

Zaujah sedia maklum saya memang 'kipas susah mati' bola sepak. Walaupun minat yang mendalam kepada bola, ianya tak la membawa saya merayap dua tiga pagi ke kedai.

Mungkin dahulu saya bisa lakukan begitu. Kini tidak lagi. Pembahagian masa tu amat penting. Soal kerja, rumah tangga, dan hal-hal yang berbangkit.

Pulang sahaja dari kedai tadi. Zaujah mengajak ke pantai bermain bola. Wah...sejak pulang dari Morocco tak pernah lagi main bola. Akhirnya dapat juga main. Saya masih menunggu bekas-bekas Morocco ajak main bola, terutama budak-budak sekitar Klang.

Terima kasih zaujah hilangkan rindu abang pada bola. Bila lagi dapat main tak tahulah. Perut ni pun dah mengalami evolusi hehehe...insyallah larat lagi kejar bola.

Wallahu ta'ala A'lam

Monday, February 15, 2010

Hadiah

Assalamualaikum

Selamat bercuti terutama adik-adik pelajar yang sedang bercuti. Ada yang cuti empat hari ada yang sampai seminggu. Gunakanlah cuti ni sebaik nya.

Hampir dua bulan perkahwinan kami. Sangkanya tak ada dah hadiah orang nak bagi. Semalam sehari suntuk berjalan menziarahi sanak saudara di Kuala Terengganu sempat lagi mereka ni memberi hadiah.Terima kasih.

Hadiah paling banyak kami dapat adalah set cawan. Bila nak guna semua ni tak tahulah. Rumah pun tak ada lagi. Jadi semua hadiah tersimpan kemas di dalam almari. Insyallah sampai masanya nanti akan digunakan juga.

Cuti kali ni akan digunakan sebaiknya. Kami sedang mengatur program-program yang patut kami buat supaya tak membuang masa dengan sia-sia. Hait!!!

Wallahu Ta'ala A'lam

Sunday, February 14, 2010

Lughah Arabiah

Assalamualaikum

Agak lama saya meninggalkan bahasa arab. Memang tak masyi dah bahasa arab ni, ditinggalkan pula, lagilah teruk bahasa arab nanti.

Sedang asyik mengisi borang KPLI di internet, zaujah menegur " abang dah lama tak cakap arab, nanti hilang bahasa arab tu". Terkesema seketika. Ruginya kalau bahasa arab hilang.

Mulalah saya bercakap arab dengan zaujah. Walaupun kelihatan seperti ayam bercakap dengan itik tetapi zaujah faham apa yang saya tuturkan dan dijawab dalam bahasa melayu dan saya sudah tentu memahami bahasa melayu.

Semoga bahasa arab ni tak hilang dan lupuk dari ingatan ni. Ini satu nikmat yang terlalu besar Allah kurniakan pada saya untuk memahami dan mendekati agamaNya dari sumber yang sahih.

Tak guna untuk saya berkata manis tapi tak melakukannya. Saya perlu ada inisiatif agar bahasa arab ini tidak pergi begitu sahaja. Insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam

Saturday, February 13, 2010

Nasi Tomato




Assalamualaikum

Salam hujung minggu. Oleh kerana rumah sewa kami tak ada peti sejuk maka makanan yang nak dimasak harus dihabiskan. Oleh itu kami beli sekadar satu hidangan untuk dua orang. Ayam sikit, tomato sikit dan lain-lain.

Hari ni resepi kami adalah nasi tomato. Terus terang saya memang tak pandai nak masak dan tak pernah rasa, hanya pernah lihat di kedai. Soal memasak saya serahkan kepada zaujah tercinta. Saya tolong apa yang patut.

Kata zaujah ini kali pertama dia nak cuba masak nasi tomato. Sekadar pernah makan terus dah dapat idea macam mana nak masak. Kagum betul zaujah saya ni. Bertuah dapat rasa air tangan zaujah.

Kehebatan zaujah dalam memasak sehingga pernah menjadi tukang masak untuk program di Universiti nya. Akhirnya kebolehan itu kini digunakan untuk menarik hati suaminya. Alhamdulillah. Mana tahu suatu hari nanti kami akan ada sebuah restoran. Itulah angan-angan yang selalu kami bincangkan.

Setakat itulah untuk hari ini. Moga hari-hari mendatang menjadi lebih indah buat kami berdua. Insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam

Thursday, February 11, 2010

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum

Selamat tahun baru buat semua orang cina. Bagi kami tahun baru cina ni sungguh bermakna. Seminggu cuti, memang best habislah.

Walaupun bercuti banyak perkara yang kami perlu siapkan. Bagi zaujah sudah tentu dengan kertas kerja yang banyak tak siap tu (Jangan lupa buat kerja ye sayang...abang nak tolong tak reti hehehe).

Bagi saya pula perlu menyiapkan kertas soalan untuk ujian lepas cuti raya cina dan urusan MA. Insyallah semoga semuanya berjalan lancar. Kami harapkan doa dari sahabat semua dan kami tak lupa doakan kejayaan anda juga.

Kali ni kami akan pulang bercuti di Dungun. 14hb jam 0900 malam di seksyen 18 setesyen bas Shah Alam. Semoga kami selamat pergi dan pulang Insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam

Gaduh

Assalamualaikum

Bergaduh??!!!! Kami tak bergaduh ye. Tajuk tu saja nak kasi gempak. Tajuk kali ni nak bawa anda semua bagaimana nak menyelesaikan perbalahan antara pasangan suami isteri.

Saya kira setiap orang mempunyai cara tersendiri menyelesaikan masalah mereka. Ini kerana manusia itu berbeza. Ada yang cepat marah, mudah sejuk, senang nak dipujuk dan lain-lain lagi.

Itu terpulang pada cara masing-masing. Bagi saya pergaduhan suami isteri jangan dibiarkan berpanjangan. Jika salah satu dari dua pihak memang bersalah cepat-cepat mengaku salah dan memohon maaf. Insyallah cepat masalah tu selesai. Api yang kecil mudah nak dipadam.

Tetapi bila masing-masing berkeras tidak mahu mengaku salah ianya akan menjadi barah. Jangan dibiarkan berlarutan. Bila masalah itu diungkit kembali maka perbalahan akan berlaku.Api yang sudah besar akan susah untuk dipadam.

Oleh itu yang kecil jangan dibesarkan. Masing-masing hendaklah sedia memaafkan pasangannya dengan segera.

Masalah besar?

Tu...saya tak tahu. Terima kasih.

Wallahu Ta'ala A'lam

Tuesday, February 9, 2010

Tips Berkasih Sayang

Bismillahirrahmaanirrahim

Tips ni saya petik dari sub topik buku Dato' Dr Fadhilah Kamsah yang betajuk Membina Hubungan Bahagia. Buku ni mengajar suami isteri membina suasana rumah tangga yang bahagia. Disini saya paparkan tingkah laku yang patut ada pada sebuah pasangan yang bahagia.

1. Berinteraksi dengan sopan
2. Berbincang mengenai masa depan
3. Bercakap mengenai masa lalu yang bahagia
4. Membuat aktiviti bersama
5. Menziarahi keluarga dan sahabat handai bersama
6. Bergurau senda
7. Jaga penampilan
8. Memberi layanan seks
9. Mahir mendengar
10. Tolong menolong
11. Mahu menyeronokkan pasangan

Inilah antara amalan yang boleh kita lakukan untuk sebuah rumah tangga yang bahagia insyallah. Sampai disni saja dari saya. Adios!!!

Wallahu Ta'ala A'lam

Bil Telefon

Assalamualaikum

Bila berumah tangga ni kami tak boleh lagi nak guna nombor yang top up. Sebelum kahwin seminggu sekali top up RM 10. Tu pun banyak main message. Sekarang keperluan kami pada perbualan.

Kala berbual mahu RM 10 boleh habis sehari sahaja. Oleh itulah kami bersetuju mengambil Celcom post-paid family plan (1+5). Tak perlu la saya jelaskan disini macam mana plan nya. Anda semua boleh mencari maklumatnya di laman web Celcom.

Apa yang nak diceritakan kosnya lebih murah. Saya banyak buat panggilan kepada zaujah dan ahli keluarga yang lain. Kebanyakan mereka tak menggunakan nombor Celcom, maka cas nya lebih tinggi.

Selepas ke Celcom Centre di Port Klang ni, jumlah yang perlu dilunaskan untuk dua nombor (saya dan zaujah) hanyalah RM 96 sahaja. Kami akui bila berbual di telefon kadang-kadang agak lama. Tak sangka bil nya tak lah terlalu mahal.

Kami agak kecewa sedikit, bila tahu ada yang lebih murah. Digi family plan. Tak apalah. Tak sanggup nak tukar-tukar nombor lagi. Cukuplah dengan apa yang ada.

Buat zaujah tercinta. Tumpukan pada pengajian.Abang sentiasa doakan keselamatan dan kejayaan sayang.

Monday, February 8, 2010

Hari Perpisahan



Assalamualaikum

Jam 1:45 pm adalah waktu tamat kerja disekolah. Hari pertama mengajar saya kira waktu tamat persekolahan adalah waktu tamat kerja. Rupanya tidak, maka merah la Punch Card saya untuk bulan lepas. Ambil sebagai pengajaran.

Setiap kali telefon zaujah selepas habis mengajar selalu dipesan jangan punch out cepat sangat. Saya tahu zaujah risau perestasi saya. Memandangkan saya adalah guru kontrak, bila-bila masa sahaja kontrak saya boleh ditamatkan jika prestasi tak bagus.

Kerisauan zaujah kerana saya mungkin terpaksa pergi jauh bila diberhentikan kerja (wanauzubillahi min zalik), maka Kami tak boleh lagi berjumpa tiap-tiap minggu seperti sekarang.

Hait!!! Saya berjanji pada diri ini untuk lakukan yang terbaik. Kerana saya tahu perpisahan dan penantian cukup menyeksakan buat suami isteri. Pun begitu kami perlu bersedia dan sabar atas dugaan yang bila-bila sahaja bisa terjadi.

Hari ni zaujah terpaksa pulang ke Shah Alam lebih awal. Zaujah perlu bertemu supervisor nya berkaitan projek paper final year. Perpisahan tadi cukup menyakitkan. Baru sahaja kami masak dan makan bersama-sama, dah...kena berpisah. Enam hari lagi kami akan bertemu kembali insyallah.

Jaga diri elok-elok sayang. Abang sentiasa doakan sayang habis belajar on time. Nanti boleh temankan abang di rumah kan? hehehe...I miss you and love you sayang...

Wassalam

Sunday, February 7, 2010

Negara Mundur?



Assalamualaikum

Sekarang berada di rumah sewa. Bersama saya juga zaujah tercinta. Pagi tadi kami bertolak dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumput jam 11:30 am. Tiba di Pudu jam 2:30 pm. Dari Pudu kami terus mengambil LRT ke Masjid Jamek untuk menukar laluan ke KL Sentral. Solat jama' dan makan tengahari disana.Kemudian bertolak ke Klang menaiki KTM. Tiba jam 6:30 pm. Itulah perjalanan kami...

Hampir setengah hari kami hanya menghabiskan waktu dalam pengangkutan awam. Saya akui pengangkutan di Malaysia terlalu ketinggalan dan jauh untuk mencapai tahap negara maju. Kita boleh menilai meneliti sistem pengangkutannya. Kelam kabut, tak teratur dan tak menepati masa.

Masalah Kesesakan lalu lintas yang tak pernah selesai dari dahulu sampai sekarang. Masa ke Perancis, Belgium, Spain, dan Belanda dulu tak ada kesesakan lalu lintas pun kat sana, walaupun di hari minggu. Dah tahu negara tak maju belajar la macam mana nak maju.

Alhamdulillah akhirnya kami sampai dengan selamat dan keletihan. Kami sedang rancang nak masak apa malam ni???

Wallahu Ta’ala A’lam

Thursday, February 4, 2010

Hari Minggu

Assalamualaikum

Alhamdulillah selepas mencari dan mencuba beberapa kerja akhirnya profesion guru terasa paling kena dengan jiwa.

Setiap kerja ada cabaran dan kesusahannya. Tidak perlu mengeluh dengan cabaran yang kita hadapi, bagi saya mengeluh itu tanda berputik ketidak ikhlasan.

Saya meletak beberapa target dalam kerja ini. Paling utama perjuangan menegakkan kalimah Allah dan mendidik anak bangsa kepada Islam.

Saya tidak kuat untuk hadapi semua ni tanpa ada yang mendorong. Terima kasih buat isteri tercinta yang tak putus memberi semangat.

Hujung minggu isteri tersayang akan pulang ke rumah sewa. Selepas lima hari menghadapi pelbagai kerenah budak-budak di sekolah akhirnya jiwa ni tenang dengan kehadiran isteri disisi.

Kami memasak, mengemas dan basuh baju bersama, itulah antara rutin kami dihujung minggu.

Saat tulisan ini ditulis saya sedang sunyi dan sabar menunggu hari minggu.

Wallahu Ta’ala A’lam