Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Saturday, February 13, 2010

Nasi Tomato




Assalamualaikum

Salam hujung minggu. Oleh kerana rumah sewa kami tak ada peti sejuk maka makanan yang nak dimasak harus dihabiskan. Oleh itu kami beli sekadar satu hidangan untuk dua orang. Ayam sikit, tomato sikit dan lain-lain.

Hari ni resepi kami adalah nasi tomato. Terus terang saya memang tak pandai nak masak dan tak pernah rasa, hanya pernah lihat di kedai. Soal memasak saya serahkan kepada zaujah tercinta. Saya tolong apa yang patut.

Kata zaujah ini kali pertama dia nak cuba masak nasi tomato. Sekadar pernah makan terus dah dapat idea macam mana nak masak. Kagum betul zaujah saya ni. Bertuah dapat rasa air tangan zaujah.

Kehebatan zaujah dalam memasak sehingga pernah menjadi tukang masak untuk program di Universiti nya. Akhirnya kebolehan itu kini digunakan untuk menarik hati suaminya. Alhamdulillah. Mana tahu suatu hari nanti kami akan ada sebuah restoran. Itulah angan-angan yang selalu kami bincangkan.

Setakat itulah untuk hari ini. Moga hari-hari mendatang menjadi lebih indah buat kami berdua. Insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam

2 comments:

  1. Noor:Gambar tu membuatkan saya akan makan nasi tomato dalam masa terdekat. terliur..!!!hehehe

    ReplyDelete
  2. mek noor bila nak bagi aku rasa pulak nasi tomato hang? nasi beriyani kamu dah santap sampai licin... bila la pulak giliran aku nak menyentap nasi tomato air tangan hang? lapar ni ....

    ReplyDelete