Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Friday, April 23, 2010

Menerima Lawatan




Bismillahirrahmaanirrahim

Petang tu saya dapat telefon dari Harith kata nak datang ziarah dengan Akmal. Saya gembira setelah agak lama berpisah dengan Akmal (tujuh bulan kalau tak silap).

Saya dan zaujah merancang nak masak sesuatu. Kami mengambil keputusan menyediakan bihun dan sirap+sunquik ala kadar.



Mereka sampai saat azan maghrib berkumandang. Kami solat maghrib berjemaah di Masjid Kg Raja Uda.Usai solat kami bersantapan bersama.

Kami ralek berborak. Bertanyakan perkembangan masing-masing dan lain-lain. Nafir sampai kami bersedia untuk keluar berjalan.



Setakat ni setiap kali ada kunjungan dari teman-teman kami akan ke Jusco Bukit Tinggi. Hanya berjalan dan membali barang dua barang keperluan. Ke kedai Popular pun tak ada buku yang best.

Sebelum pulang Akmal ada menghadiahkan penanda buku yang dibelinya di Mesir. Terima kasih tak terhingga buat Akmal, Harith dan Nafir yang sudi menziarahi kami.

Wallahu Ta'ala A'lam

Tuesday, April 20, 2010

Peperiksaan..


Assalammualaikum.w.b.t..

Lama tidak menulis di blog ni..abang sahaja yang rajin menulis sgl kenangan2 kita di blog ni..Semoga blog ini dijadikan tatapan dan kenangan untuk kita dan anak2 kita…anak2?= )


Kembali kepada tajuk, sebenarnya seluruh pelajar UiTM akan menghadapi exam..huhu.Start 21 April- 9 May..Sume exam saya kali ni kat Fac.Administarive Science & Policy Study. Paper bermula 23hb (Service Mgt), 25hb (Business Law), 29hb (Global Affairs), 4hb (strategic mgt) dan 8hb (Public Relations) n Hoooreeiiyy..Saya bakal menamatkan pengajian!! Gambate Kundasai!!

Sambung belajar? Mm..setakat ni ingat nak cari kerja dulu..timba pengalaman..baru lebih memahami bila sambung belajar nnti apabila dapat diaplikasikan drp pengalaman ke pembelajaran..Dan sebenarnya, nak duk rumah dengan Abang..x derlh duk jauh2 dah..=)

Akhirnya, saya mendoakan kawan2 dan sahabat2 semua Berjaya didalam final exam nnti..Terima kasih tak terhingga untuk suami tercinta yang sentiasa sabar member semangat pada saya untuk exam kali ni...I will love u forever n ever..I’m praying we will meet in Jannah..InsyaAllah..

Wassalam…

Monday, April 19, 2010

I-City


Assalamualaikum

Setelah pulang dari Hulu Selangor. Saya terus ke Shah Alam. Alhamdulillah kali ni berpeluang ambil zaujah tercinta di malam hari. Terus kami rancang ke I-City.

Ini antara gambar-gambar yang sempat kami rakam...







Wallahu ta'ala A'lam


Wednesday, April 14, 2010

Ke Melaka


Bersama Aiman Nahla

Bismillahirrahmaanirrahim

Selesai program di sekolah. Saya terus bersiap bersama zaujah nak ke Melaka. Kali ni mak dan abah ajak kami melawat (ziarah Angah dan Kak Ngah) Melaka bandar bersejarah.

Walaupun hanya dua dua hari satu malam, ianya cukup mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama kami.

Dek malas memetik kamere sikitlah gambar yang dapat saya paparkan. ( Kena kuat lawan malas hait!!!!)

Kami sempat pergi kenduri kahwin...


Bermain air di pantai....


Dan bergambar....

Wallahu Ta'ala A'lam


Monday, April 5, 2010

Ronda-Ronda

Assalamualaikum

Hari sabtu baru ni saya dan zaujah keluar berjalan. Cadangnya nak main bola di sekolah. Apakan daya hujan turun dengan lebat setibanya kami di sekolah.

Kami berdua menunggu hujan serik di pondok menunggu bas sambil berbual. Setelah hujan hampir berhenti kami menaiki motor menunggang di sekitar sekolah.

Dari jauh saya nampak sepasang lelaki dan perempuan duduk di pondok menunggu bas. Kami melewati mereka. Pelajar sekolah saya. Dua-duanya saya mengajar. Saya bunyikan hon. Mereka tersengih macam kerang busuk.

Si lelaki hanya memakai boxer dan si perempuan duduk di antara kangkang si lelaki tu. Panasnya saya tengok perangai mereka ni.

Kami singgah beli makanan sekejap kemudian patah balik ke tempat tadi. Kedua-dua mereka masih disitu. Kami ambil keputusan berhenti dan duduk berhampiran mereka.

" Kenapa tak balik lagi? " soalan pertama saya. " ada kawad cikgu". Jawab si lelaki. " adik beradik ke? " tanya saya lagi. " aah... kami adik beradik" kedua-duanya menjawab serentak. Nampak sangat pendek betul akal budak-budak ni. Menipu kantoi.

Akhirnya mereka mula bergerak dari situ kerana rasa tak selesa kami mengganggu 'perjumpaan' mereka pada waktu maghrib itu.

Kami pulang dengan rasa kecewa dengan akhlak budak zaman sekarang.

Wallahu Ta'ala A'lam