Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Monday, April 5, 2010

Ronda-Ronda

Assalamualaikum

Hari sabtu baru ni saya dan zaujah keluar berjalan. Cadangnya nak main bola di sekolah. Apakan daya hujan turun dengan lebat setibanya kami di sekolah.

Kami berdua menunggu hujan serik di pondok menunggu bas sambil berbual. Setelah hujan hampir berhenti kami menaiki motor menunggang di sekitar sekolah.

Dari jauh saya nampak sepasang lelaki dan perempuan duduk di pondok menunggu bas. Kami melewati mereka. Pelajar sekolah saya. Dua-duanya saya mengajar. Saya bunyikan hon. Mereka tersengih macam kerang busuk.

Si lelaki hanya memakai boxer dan si perempuan duduk di antara kangkang si lelaki tu. Panasnya saya tengok perangai mereka ni.

Kami singgah beli makanan sekejap kemudian patah balik ke tempat tadi. Kedua-dua mereka masih disitu. Kami ambil keputusan berhenti dan duduk berhampiran mereka.

" Kenapa tak balik lagi? " soalan pertama saya. " ada kawad cikgu". Jawab si lelaki. " adik beradik ke? " tanya saya lagi. " aah... kami adik beradik" kedua-duanya menjawab serentak. Nampak sangat pendek betul akal budak-budak ni. Menipu kantoi.

Akhirnya mereka mula bergerak dari situ kerana rasa tak selesa kami mengganggu 'perjumpaan' mereka pada waktu maghrib itu.

Kami pulang dengan rasa kecewa dengan akhlak budak zaman sekarang.

Wallahu Ta'ala A'lam

No comments:

Post a Comment