Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Friday, April 23, 2010

Menerima Lawatan




Bismillahirrahmaanirrahim

Petang tu saya dapat telefon dari Harith kata nak datang ziarah dengan Akmal. Saya gembira setelah agak lama berpisah dengan Akmal (tujuh bulan kalau tak silap).

Saya dan zaujah merancang nak masak sesuatu. Kami mengambil keputusan menyediakan bihun dan sirap+sunquik ala kadar.



Mereka sampai saat azan maghrib berkumandang. Kami solat maghrib berjemaah di Masjid Kg Raja Uda.Usai solat kami bersantapan bersama.

Kami ralek berborak. Bertanyakan perkembangan masing-masing dan lain-lain. Nafir sampai kami bersedia untuk keluar berjalan.



Setakat ni setiap kali ada kunjungan dari teman-teman kami akan ke Jusco Bukit Tinggi. Hanya berjalan dan membali barang dua barang keperluan. Ke kedai Popular pun tak ada buku yang best.

Sebelum pulang Akmal ada menghadiahkan penanda buku yang dibelinya di Mesir. Terima kasih tak terhingga buat Akmal, Harith dan Nafir yang sudi menziarahi kami.

Wallahu Ta'ala A'lam

No comments:

Post a Comment