Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Wednesday, September 29, 2010

Minggu-Mingguan

Bismillahirrahmaanirrahim

Semalam (Rabu, 29/10/2010) pergi scan baby. Doktor kata dah empat bulan. Masa scan tu saya dah nampak bentuk kepala tangan dan kaki. Lagi teruja bila tengok jantung baby tu berdenyut. Allah...syukur padaMu.

Alhamdulillah hampir seminggu Kaah bersama kami di Klang. Kaah dapat kerja di TUDM Subang. Setinggi kesyukuran juga kerana dengan mudah kami dapat satu bilik berdekatan tempat kerja untuk Kaah sewa. Amad doakan semoga semuanya berjalan lancar dirahmati Allah.

Petang tadi telefon Umi. 16/10 Umi akan berangkat ke Tanah Suci bersama Abah untuk mengerjakan haji. Amad juga doakan perjalanan umi dan abah selamat pergi dan pulang dan memperoleh haji mabrur insyallah.

Hujung minggu ni saya tak ada di Klang. Isteri tercinta akan bersama Umi dan Abah di Klang untuk ke Konvokesyen Kaah di UIA Gombak nanti. Abang akan sentiasa rindukan sayang sepanjang pemergian abang nanti. Jaga diri elok-elok.

Minggu-minggu seterusnya adalah program-program raya dan sekolah. Bertanggungjawab beberapa tugas. Untuk itu harus ditunaikan dengan baik insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam


Saturday, September 18, 2010

Friday, September 17, 2010

Kembali Ke Dunia Nyata

1 Syawal 1431H
Assalamualaikum

Salam Syawal

Bertolak sebelum jumaat dari Kuala Kangsar. Singgah sebentar di Tapah untuk solat. Sampai di Shah Alam mampir di rumah Mohd Adam kemudian terus ke Klang, sampai di rumah jam 5.30 lebih kurang.

Panas makin menjadi. Ke klinik periksa, risau bukan demam biasa. Alhamdulillah tak ada masalah. Panas dah makin kurang kepala masih berpusing berdenyut-denyut.

Zaujah

Zaujati dah kurang alahan. Selera makan pun makin bertambah. Isnin ni nak kena ke klinik periksa. Tak lepas, kena minum air gula lagi. Jadikan ini sebagai pengalaman, ikutkan tak perlu buat buku pink (buku chek up mengandung)lagi, terlalu awal. Terlalu awal, banyak kalilah kena ke klinik.

Sekolah

Belum sempat cuti sekolah berakhir dah dapat panggilan dari pejabat. " Ustaz, maaf ganggu cuti-cuti ni...ni pasal budak yang nak kena buang sekolah tu " kata kerani pejabat di hujung talian. Terlintas di kepala ni budak yang ponteng sekolah sampai 70 hari lebih tu. " Saya uruskan budak tu hari isnin ni Insyallah.." jawab saya.

Sebelum cuti baru-baru ni saya dah kurang bermotivasi nak mengajar. Semua silibus dah habis. Hal budak-budak makin bertambah. Saya harap buka sekolah ni saya bermotivasi balik insyallah.

Akhirnya salam lebaran dari kami...

Wallahu taala alam.

Wednesday, September 8, 2010

Cuti Bermula

Assalamualaikum

Lama tidak bersua. Cuti sekolah bermula hari jumaat lepas lagi. Kami pulang ke Terengganu hari ahad selepas Qiam. Alhamdulillah jalan tak sesak. Sampai di Terengganu tengahari.

Baju raya semua dah lengkap, Alhamdulillah. Kali ni Ramadhan dan raya paling istimewa bagi saya, lain dari yang lain. Raya kali ni bersama isteri tersayang.

Keadaan isteri sihat-sihat orang mengandung. Bagi saya, saya akan buat yang terbaik menjaga isteri baik mental dan fizikal insyallah.

Insyallah raya pertama bersama bonda tercinta di Terengganu. Pagi raya kedua kami akan bertolak ke Perak untuk bersama keluarga kedua saya disana. Alhamdulillah lesen dapat disiapkan, kalau tak jenuh juga nak naik bas.

Alahan isteriku tak ada lah teruk sangat. Baby dalam perut juga dengar kata. Kalau umi alahan teruk sikit abi cakap-cakap dengan baby, sekejap lepas tu umi mesti ok. Alhamdulillah.

Sekarang dah kena banyak baca macam mana nak jadi ayah yang terbaik. Saya juga doa semuanya berjalan dengan lancar. Amen.

Wallahu Ta'ala A'lam

Wednesday, September 1, 2010

Mohd Adam




Assalamualaikum

Sempena makan malam bersama pimpinan di Stadium Melawati Shah Alam, saya sempat mencuri sedikit masa ke rumah Yang.

Tuan rumah kepenatan, yang ada menyambut kami adalah si kecil ini. Mohd Adam. Seronok dapat jumpa Adam. Paling best bila dukung dia. Tubuh Adam rasa penuh je dalam dukungan ni.

Kami tidak mengambil masa lama kerana saya harus bertugas. Kami tinggalkan si kecil ni bersama bibik nya. Jumpa lagi Adam....!!!

Wallahu Ta'ala A'lam