Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Monday, March 22, 2010

Perancangan Allah






Assalamualaikum

Masa mula-mula kahwin antara perkara yang saya fikir adalah kerja. Walaupun umi dan zaujah tak lah mendesak sangat untuk kerja tetapi ianya secara automatik terasa bertanggungjawab.

Sebelum kahwin saya ada isi borang untuk temuduga sebagai pensyarah kontrak di UITM Dungun. Masa temuduga saya dah kahwin, zaujah lah yang beri semangat dan teman saya ke temuduga.



Saya memang berkeyakinan penuh dapat kerja tu. Memandangkan saingan tak tinggi. Apakan daya masalah sijil dan kroni menjadi halangan. Saya tak kisah saya redha dengan ketentuan itu.

Zaujah sudah mula sem baru, perlu kembali ke Shah Alam. Perancangan saya adalah dua minggu sekali saya akan ke Shah Alam untuk bertemu zaujah. Dan begitu juga sebaliknya. Zaujah akan balik ke Dungun dua minggu sekali.

Tetapi perancangan seperti itu memang amat rumit, jauh, memakan masa dan duit yang banyak. Lagipun cuti di Selangor adalah Sabtu dan Ahad, di Terengganu Jumaat dan Sabtu. Betul-betul merumitkan.



Selepas saya tidak diterima sebagai pensyarah saya bekerja sementara dengan abah di kedai. Dalam masa yang sama saya mencari kerja di internet. Tak sampai seminggu saya dapat kerja di Mantin sebagai pembantu akedemik di Kolej Lagenda.

Gaji Lumayan tetapi menaruh nasib. Saya dapat sewa rumah dekat dengan kolej. Bayaran permualaan RM500 dan tiap-tiap bulan RM300.

Saya betul-betul tak suka kerja tu. Sebenarnya kerja meniaga pendidikan dan promoter. Betul-betul melanggar prinsip saya memperjuangkan pendidikan percuma.

Hari pertama saya hanya ikut mesyuarat. Hari kedua saya ada training di Janda Baik selama tiga hari. Kemudian terus sambung ke Kelantan buat promosi. Sepanjang seminggu bekerja seperti itu saya nekad untuk berhenti kerja.



Hanya seminggu saya bekerja disitu. Zaujah sempat balik ke rumah di Mantin sekali sahaja. Saya betul-betul tak tahan dan sunyi di Mantin. Rasa nak 'gila' pun ada duduk berseorangan disitu. Kiri kanan rumah flat kosong. Zaujah pula terpaksa menaiki komuter dari Shah Alam ke Batang Kali satu perjalanan yang jauh.

Akhirnya saya berhenti dan pulang ke Dungun bekerja dengan abah. Gaji setiap bulan pun lumayan abah dan umi bagi. Rumah dan makan memang dah free. Tapi saya akan berjauhan dengan zaujah. Itu buat saya tertekan sekali lagi.



Sehari saya sampai di Dungun saya dapat tawaran kerja sebagai guru di Klang. Nafir yang tawarkan kepada saya. Ibarat mengantuk di sorongkan bantal. Saya bagitahu Nafir saya setuju nak dapatkan tawaran tu.

Saya mintak tangguh sehingga seminggu kerana saya baru sahaja sampai di Dungun. Kata Nafir peluang ni amat terhad. Tanpa membuang masa malam tu juga saya ambil tiket ke Klang. Kali ni saya dah kemaskan semua baju-baju. Saya letakkan 100% pada kerja ni.



Klang dan Shah Alam sekitar 15minit dengan menaiki motorsikal. Akhirnya Allah merancang kami duduk dekat. Tidak sampai sebulan semuanya berlaku. Sekarang sudah masuk bulan ketiga perkahwinan kami.

Tiap-tiap minggu zaujah tak pernah terlepas untuk balik ke rumah. Setiap kali balik setiap kali tu lah saya gembira dan bahagia. Cuma sedikit sedih dan derita saat nak berpisah. Zaujah akan ke UITM pada pagi Isnin dan saya akan bekerja seperti biasa.



Walaupun begitu saya menyatakan setinggi kesyukuran kepada Allah dalam mengatur hidup kami. Dan saya anggap ini satu perancangan Allah yang betul-betul rapi. Seseorang tidak akan betul-betul menghargai nikmatnya berteduh kecuali setelah merasai teriknya panas. Begitulah ibarat perjalanan hidup kami.

Alhamdulillah ucapan yang terbaik boleh saya panjatkan atas nikmat yang dikurniakan Allah ini.

Wallahu Ta'ala A'lam

5 comments:

  1. Semoga terus berbahagia hingga kesyurga. Begitu cantik perancangan ALLAH. ALLAH blesses both of you.


    Regards,

    BintuHood Al-Fateh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..setinggi kesyukuran yang tidak mampu dibalas atas sgl nikmat2MU. Semoga dengan kenikmatan ihi membawa kita menjadi hamba yang lebih bertaqwa dan taqarrub kepadaNya..

    to BintuHood Al-Fateh: terima kasih x xterhingga juga buat sahabat2 yang selalu mendoakan untuk kami.indahnya persahabatan ini. semoga kita semua berjumpa di Jannah..ameen..

    ReplyDelete
  3. Nikmat dunia ini hanya sementara.Ku berdoa dapat bersamamu hingga ke Jannah-dari Sayang.

    ReplyDelete
  4. abang juga berdoa kita dapat berjumpa di Jannah..amenn

    ReplyDelete
  5. sweetnya korang..semoga berbahagia dunia akhirat =)..dah dekat tu, jemput la dtg umah kt jenjarom =)

    ReplyDelete