Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Monday, August 16, 2010

Anakku..



Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Itulah sebaik-baik ucapan. Tiada ungkapan yang mampu saya katakan. Semuanya saya serah bulat-bulat pada Allah.

Hampir seminggu zaujah mengadu sakit perut. Kata zaujah budak tadika ada tumbuk perut dia. Saya sangka mungkin kesan dari tumbukan tu. Kami sapu-sapu ubat bias

Minggu lepas kami sempat ke Giant cari sedikit barang dapur. Zaujah terdetik nak beli pregent test sebab dah agak lama tak datang uzur.

Hari Isnin

Segala-galanya bermula. Selepas solat subuh, zaujah nak guna pregnent test. Saya dengar teriakan dari dalam tandas. " Abang...!!! Sayang positif ". Saya tak tahu nak kata apa, hanya ucapan Alhamdulillah yang terus menitir di bibir.

Petang tu kami ke Klinik untuk dapatkan kepastian. Alhamdulillah dah enam minggu. Nampaknya zaujah tak boleh buat kerja berat sangat. Kata doktor rahim tak kuat.

Saya akan usaha buat yang terbaik dan berserah bulat-bulat pada Allah. Abi tahu anak abi ni perlu berjuang seperti mana abi berjuang sekarang. Allahu Akbar..!!!

Wallahu Ta'ala A'lam

1 comment:

  1. barakahuakuma... tahniah nor dan faiz... dapat tahu pulak time pose mcm ni...

    tak terkata dah aku ni...
    sory nor, aku tak angkat cal ko. aku busy sangat kat markaz, jadi pembantu chef....

    ReplyDelete