Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Tuesday, June 15, 2010

Umi, Abah, Kaah Dan Hanis Buat Umrah





Assalamualaikum

Selepas Abah Perak, kini Abah Terengganu pula ke Mekah untuk buat umrah. Umi dan abah bertolak dari Dungun jam 1o malam tiba di Hentian Putra jam 4 pagi lebih kurang. Umi telefon kami dalam pukul 7 pagi mengatakan telah sampai di KLIA.


Pagi tu kami siapkan beehun, teh, keropok, dan nugget. Siap kemas barang-barang sekitar jam 11 pagi kami bertolak ke KLIA.


Perjalanan umi dan abah akan melalaui Mesir. Rombongan umrah kali ni akan berada di Mesir selama 4 hari. Bolehlah umi berjumpa dengan Yayah disana nanti. Saya kirim kitab untuk dibawa pulang.

Flight akan bertolak jam 1.30 pagi. Oleh kerana umi sampai jam 5 pagi di KLIA dan terpaksa menunggu sehingga satu setengah pagi maka umi dan abah ambil kesempatan untuk tidur di surau KLIA.

Kami juga setia menunggu sehingga jam 9 malam. Kami terpaksa beransur pulang kerana takut terlepas train terakhir ke Port Klang. Saya dan zaujah membawa Aslam dan Huda ke rumah kami di Kg Raja Uda.

Sampai kami di Port Klang umi menelefon dan menyatakan telah masuk check in. Semoga semua yang pergi kali ni mendapat umrah mabrur insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam

No comments:

Post a Comment