Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Sunday, July 18, 2010

Makanan Yang Dirindui







Assalamualaikum

Setelah lama tidak bersua. Dahulu ada zaujah ada kesempatan nak update blog ketika menjadi suri rumah sepenuh masa. Kini zaujah dah kerja di sekolah. Kesibukan amat memenatkan.

Saya mengambil masa seminggu untuk update post ni. Sehari satu gambar. Kadang-kadang lalu sahaja tanpa update apa-apa. Kesian blog ni huhuhu...

Gambar-gambar diatas

Setelah pulang dari Bangi atas urusan Referee saya bercadang makan makanan Morocco. Dah lama berniat nak bawa zaujah makan makanan Morocco. Alhamdulillah niat tercapai.

Kami ke Bukit Bintang. Turun dari Stesyen Monorail Terus Nampak Tajine. Kami mintak harirah, teh Morocco, kus kus dan nasi beriayani. Kami kenyang sampai malam. Harga sikit lebih kurang macam di Morocco bila di convert kan.

Wallahu Ta'ala A'lam




1 comment:

  1. Terima kasih x terhingga buat kekasih hatiku,abang..kerana bawak makan-makan kat sini..best sangat...makanannya sedap2..yummy!! =)

    ReplyDelete