Saturday, February 18, 2012
Fidaiy Demam
Monday, January 30, 2012
Tahun Baru 2012
Monday, July 18, 2011
Belasungkawa : kisah doc_girl & doc_women
Tuesday, June 21, 2011
Hayat Acai Berry
:: Kajian Tentang Kelebihan Pati Hayat Acai Berry ::
Acai Berry kini dikenali sebagai "MAKANAN SUPER". Ini bermakna ia dianggap salah satu makananyang paling berkhasiat di dunia. Ini semua didasarkan pada pelbagai nutrisi yang disediakan. Acaimemiliki sifat gizi dan secara alami kaya:
- Lemak Omega (jenis yang baik, tidak seperti lemak yang ditemui dalam makanan segera).
- Asid amino.
- Elektrolit.
- Antioksidan.
- Protein.
- Vitamin A, B1 dan E.
Orang-orang dari Amazon telah menggunakan Acai Berry selama bertahun-tahun kerana mereka tahutentang kelebihannya itu. Sudah digunakan dalam pelbagai sajian pemakanan seperti sarapan, minuman, makanan lewat petang atau malam. Ini kerana mereka yakin akan keperluan tubuh badan mereka dapat dipenuhi dengan segala kebaikkan yang terdapat dalam Acai Berry. Nutrisi Acai berryterbukti mempunyai manfaat yang amat besar, dan ia harus menjadi pemakanan tambahan dalam menu pemakanan sehari-hari.
Pemakanannya secara berterusan dapat membantu dalam:
- Mengurangkan berat badan.
- Membantu dengan disfungsi seksual.
- Merawat insomnia.
- Membantu dalam melawan sel-sel kanser.
- Membantu mengurangkan komplikasi Diabetes.
Nutrisi yang kuat mampu memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa. Itulah sebabnya mengapaAcai Berry sudah begitu menonjol dipaparkan diperingkat antarabangsa dan di antaranya program "Talk Show" seperti The Today Show, Oprah Winfrey show dan banyak lagi .
Baru-baru ini para penyelidik di University of Florida menguji kelebihan Acai Berry dan didapati terdapat element penting darinya yang dapat membantu dalam usaha menghapuskan sel-sel Leukemia yang sedang membiak. Ini bukan untuk mengatakan bahawa Acai Berry dapat menyembuhkan kanser,namun sekurang-kurang kajian menunjukkan amalan memakan Acai Berry secara berterusanmembantu memperbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik!
DENGAN HANYA RM 39.00 SEKOTAK, IANYA BERBALOI-BALOI...!!!
HUBUNGI KAMI :
NOOR (0192391431)
FAIZ (0192721431)
Monday, June 20, 2011
Fidaiy Balik Kampung..
Bismillahirrahmaanirrahim
Hari ini 14/6/2011,genap Fidaiy berumur dua bulan. Nenek dan Tokki tak sabar menanti kepulangan Fidaiy dari Kajang. Hari ni juga kali pertama Tokki berjumpa dengan Fidaiy. Mungkin dah lama abah tak dukung baby, kata umi, abah nampak kekok dukung Fidaiy.
Fidaiy masih macam biasa, tak segan dengan orang lain, mata merenung orang di sekeliling nya, kadang tertawa sendiri, apa yang kelakar sangat sampai tertewa, tak tahulah.
Nenek seronok sambut Fidaiy, Fidaiy duduk dalam dukungan nenek, tak lama…alamak! Dah berbau. Tanpa tunggu lama, Abi pergi ambil pampers dulu, nenek basuh je punggung Fidaiy kat air paip, Fidaiy dengan kekuatan vokalnya mula menunjukkan bakat ‘waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…’
Satu rumah didendang dengan suara Fidaiy apabila kena air paip, tapi dah lap terus diam, memang nak tunjuk bakat betul.
Lepas maghrib Tokki pulak dukung Fidaiy, muka masam je, Abi ingat nak tidur, Abi bawa naik atas, tak lama…alamak! Umi terpaksalah sekali lagi basuh. Lepas selesai pakai baju mulalah ceria, turun kat bawah bawa jumpa Tokki, bukan main suka lagi, rupanya masam sebab nak ‘uk...’uk…
Bila dah sampai masanya nak tidur, tak lama nenek dukung, terus tidur di pangkuan nenek, siap berdengkur lagi, Tokki ngan nenek gelak je, Hanis suruh amik rekod video buat kenangan, kecik-kecik tidur berdengkur hehehe…
Abi apalagi, untuk Fidaiy tengok bila besar nanti.
Wallahu Ta’ala A’lam
Saturday, May 21, 2011
Diari Seorang Bapa
Bismillahirrahmaanirrahim
Masa mula-mula kahwin saya mengalami sedikit kejutan budaya, maklumlah saya tak berapa kenal keluarga isteri saya melainkan isteri saya sahaja. Saya mengalami budaya baru yang berbeza dengan keluarga saya. Saya yakin perkara ini terjadi kepada ramai pengantin-pengantin terutama yang belum sempat mengenal lebih lama keluarga pasangan mereka kemudian terus melangsungkan perkahwinan.
Saya tak ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri, alhamdulillah semua berjalan lancar. Sekarang dengan bapa mertua pun dah boleh ngam. Sama-sama kongsi minat yang sama dalam sesetengah perkara. Perkara ini jika tidak dikendalikan dengan baik sudah tentu akan menimbulkan perasaan seolah perkahwinan yang diidamkan makin pudar.
Betul kata seorang teman baik ku, ‘ perkahwinan adalah hakikat sebenar percintaan’. Sebelum berkahwin, berapa banyak janji dan kata-kata manis bisa meniti di bibir atau handphone, tetapi lepas berkahwin dugaan dan masalah akan menguji hakikat sebenar percintaan kita.
Kini diri ini sudah bergelar seorang bapa, teringat lagi kata seorang teman yang mengajar di Gua Musang, ‘ selamat menghadapi kehidupan sebenar rumah tangga’. Sebelum ini saya ingat dah mengharungi kehidupan rumah tangga rupanya tidak. Punya seorang anak, lagi-lagi di awal kelahiran, mengajar kita menjadi manusia yang kenal benar erti susah ibu dan ayah.
Alhamdulillah kelahiran anak pertama selepas exam yang berbaki satu kertas. Saya yang sebelum ini sekadar membaca apa yang perlu dibuat untuk menyambut kelahiran pertama agak kaku menghadapi suasana sebenar. Bila anak kencing berak apa perlu buat dahulu, tanggalkan pampers atau amik air? bila menangis, dia lapar ke, nak tidur ke atau ada sakit apa-apa?
Alhamdulillah, berkat balik kampung saya banyak belajar dengan mak mertua apa yang perlu dibuat, sekarang saya tak ada masalah untuk menghadapai kerenah anak di peringkat ini (akan datang belum tentu lagi). Saya nasihatkan buat bakal bapa letakkan kesabaran di tempat teratas, dengan kesabaran jiwa akan tenang, akal mampu berfikir dengan waras, amalan menjadi betul.
Jerih payah ini adalah bentuk pengalaman baru buat bapa muda seperti saya, walaupun agak susah, kepenatan dan kelelahan itu hilang saat bermain dan menatap muka si anak. Ketenangan jiwa itu ada. Benarlah ayat al-Quran yang menyebut tentang ketenangan ini.
Pelajarilah ilmu rumah tangga dalam bentuk teori dahulu sebelum mengalami alam praktikal semoga kita tidak mengalami kejutan yang membuatkan rumah tangga itu goyah. Alhamdulillah bab-bab rumah tangga ni antara topik yang selalu menjadi bacaan saya ketika muda remaja.
Wallahu Ta’ala A’lam