Perkahwinan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kami Bersama..(^.^)

Friday, February 11, 2011

Kami di Kajang

Bismillahirrahmaanirrahim

Hampir seminggu kami mengemas rumah di Klang. Alhamdulillah saat tulisan ini ditulis saya dah dua hari di Kajang Utama.

Minggu terakhir saya di Klang saya diraikan dalam majlis usrah mingguan kami. Saya bersiap sedia dengan persediaan rapi untuk usrah terakhir saya di Klang. Saya tahu malam nanti kedatangan ahli usrah sudah tentu ramai lebih-lebih lagi di rumah KP.

Pertama saya bentangkan tentang pentingnya ikhlas dalam perjuangan dan ikhlas adalah antara rukun bagi kemenangan dalam perjuangan Islam.

Kedua saya jelaskan sebab-sebab keciciran ahli jemaah dalam perjuangan samada dari pihak jemaah dan juga masalah pribadi ahli tu sendiri. Tajuk ni saya amat terkilan jika tak dibentangkan pada malam tu.

Ketiga saya jelaskan mengenai jihad dan juga kewajipan ahli jemaah untuk berjuang dalam saf perjuangan. Alhamdulillah selesai semua tu saya rasa amat lega dengan harapan proses pentarbiyahan terus berjalan.

Akhir majlis kami dijamu dengan soto dan saya dihadiahkan hamper sebagai kenangan. Tidak lupa saya ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya Mohd Amin kerana melalui beliaulah saya di tarik menyertai jemaah.

Wallahu Ta'ala A'lam

1 comment:

  1. ad kump usrah kt area klang ke? kt mn ye? ad amik ahli baru x?

    ReplyDelete