Monday, July 18, 2011
Belasungkawa : kisah doc_girl & doc_women
Tuesday, June 21, 2011
Hayat Acai Berry
:: Kajian Tentang Kelebihan Pati Hayat Acai Berry ::
Acai Berry kini dikenali sebagai "MAKANAN SUPER". Ini bermakna ia dianggap salah satu makananyang paling berkhasiat di dunia. Ini semua didasarkan pada pelbagai nutrisi yang disediakan. Acaimemiliki sifat gizi dan secara alami kaya:
- Lemak Omega (jenis yang baik, tidak seperti lemak yang ditemui dalam makanan segera).
- Asid amino.
- Elektrolit.
- Antioksidan.
- Protein.
- Vitamin A, B1 dan E.
Orang-orang dari Amazon telah menggunakan Acai Berry selama bertahun-tahun kerana mereka tahutentang kelebihannya itu. Sudah digunakan dalam pelbagai sajian pemakanan seperti sarapan, minuman, makanan lewat petang atau malam. Ini kerana mereka yakin akan keperluan tubuh badan mereka dapat dipenuhi dengan segala kebaikkan yang terdapat dalam Acai Berry. Nutrisi Acai berryterbukti mempunyai manfaat yang amat besar, dan ia harus menjadi pemakanan tambahan dalam menu pemakanan sehari-hari.
Pemakanannya secara berterusan dapat membantu dalam:
- Mengurangkan berat badan.
- Membantu dengan disfungsi seksual.
- Merawat insomnia.
- Membantu dalam melawan sel-sel kanser.
- Membantu mengurangkan komplikasi Diabetes.
Nutrisi yang kuat mampu memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa. Itulah sebabnya mengapaAcai Berry sudah begitu menonjol dipaparkan diperingkat antarabangsa dan di antaranya program "Talk Show" seperti The Today Show, Oprah Winfrey show dan banyak lagi .
Baru-baru ini para penyelidik di University of Florida menguji kelebihan Acai Berry dan didapati terdapat element penting darinya yang dapat membantu dalam usaha menghapuskan sel-sel Leukemia yang sedang membiak. Ini bukan untuk mengatakan bahawa Acai Berry dapat menyembuhkan kanser,namun sekurang-kurang kajian menunjukkan amalan memakan Acai Berry secara berterusanmembantu memperbaiki tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik!
DENGAN HANYA RM 39.00 SEKOTAK, IANYA BERBALOI-BALOI...!!!
HUBUNGI KAMI :
NOOR (0192391431)
FAIZ (0192721431)
Monday, June 20, 2011
Fidaiy Balik Kampung..
Bismillahirrahmaanirrahim
Hari ini 14/6/2011,genap Fidaiy berumur dua bulan. Nenek dan Tokki tak sabar menanti kepulangan Fidaiy dari Kajang. Hari ni juga kali pertama Tokki berjumpa dengan Fidaiy. Mungkin dah lama abah tak dukung baby, kata umi, abah nampak kekok dukung Fidaiy.
Fidaiy masih macam biasa, tak segan dengan orang lain, mata merenung orang di sekeliling nya, kadang tertawa sendiri, apa yang kelakar sangat sampai tertewa, tak tahulah.
Nenek seronok sambut Fidaiy, Fidaiy duduk dalam dukungan nenek, tak lama…alamak! Dah berbau. Tanpa tunggu lama, Abi pergi ambil pampers dulu, nenek basuh je punggung Fidaiy kat air paip, Fidaiy dengan kekuatan vokalnya mula menunjukkan bakat ‘waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…’
Satu rumah didendang dengan suara Fidaiy apabila kena air paip, tapi dah lap terus diam, memang nak tunjuk bakat betul.
Lepas maghrib Tokki pulak dukung Fidaiy, muka masam je, Abi ingat nak tidur, Abi bawa naik atas, tak lama…alamak! Umi terpaksalah sekali lagi basuh. Lepas selesai pakai baju mulalah ceria, turun kat bawah bawa jumpa Tokki, bukan main suka lagi, rupanya masam sebab nak ‘uk...’uk…
Bila dah sampai masanya nak tidur, tak lama nenek dukung, terus tidur di pangkuan nenek, siap berdengkur lagi, Tokki ngan nenek gelak je, Hanis suruh amik rekod video buat kenangan, kecik-kecik tidur berdengkur hehehe…
Abi apalagi, untuk Fidaiy tengok bila besar nanti.
Wallahu Ta’ala A’lam
Saturday, May 21, 2011
Diari Seorang Bapa
Bismillahirrahmaanirrahim
Masa mula-mula kahwin saya mengalami sedikit kejutan budaya, maklumlah saya tak berapa kenal keluarga isteri saya melainkan isteri saya sahaja. Saya mengalami budaya baru yang berbeza dengan keluarga saya. Saya yakin perkara ini terjadi kepada ramai pengantin-pengantin terutama yang belum sempat mengenal lebih lama keluarga pasangan mereka kemudian terus melangsungkan perkahwinan.
Saya tak ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri, alhamdulillah semua berjalan lancar. Sekarang dengan bapa mertua pun dah boleh ngam. Sama-sama kongsi minat yang sama dalam sesetengah perkara. Perkara ini jika tidak dikendalikan dengan baik sudah tentu akan menimbulkan perasaan seolah perkahwinan yang diidamkan makin pudar.
Betul kata seorang teman baik ku, ‘ perkahwinan adalah hakikat sebenar percintaan’. Sebelum berkahwin, berapa banyak janji dan kata-kata manis bisa meniti di bibir atau handphone, tetapi lepas berkahwin dugaan dan masalah akan menguji hakikat sebenar percintaan kita.
Kini diri ini sudah bergelar seorang bapa, teringat lagi kata seorang teman yang mengajar di Gua Musang, ‘ selamat menghadapi kehidupan sebenar rumah tangga’. Sebelum ini saya ingat dah mengharungi kehidupan rumah tangga rupanya tidak. Punya seorang anak, lagi-lagi di awal kelahiran, mengajar kita menjadi manusia yang kenal benar erti susah ibu dan ayah.
Alhamdulillah kelahiran anak pertama selepas exam yang berbaki satu kertas. Saya yang sebelum ini sekadar membaca apa yang perlu dibuat untuk menyambut kelahiran pertama agak kaku menghadapi suasana sebenar. Bila anak kencing berak apa perlu buat dahulu, tanggalkan pampers atau amik air? bila menangis, dia lapar ke, nak tidur ke atau ada sakit apa-apa?
Alhamdulillah, berkat balik kampung saya banyak belajar dengan mak mertua apa yang perlu dibuat, sekarang saya tak ada masalah untuk menghadapai kerenah anak di peringkat ini (akan datang belum tentu lagi). Saya nasihatkan buat bakal bapa letakkan kesabaran di tempat teratas, dengan kesabaran jiwa akan tenang, akal mampu berfikir dengan waras, amalan menjadi betul.
Jerih payah ini adalah bentuk pengalaman baru buat bapa muda seperti saya, walaupun agak susah, kepenatan dan kelelahan itu hilang saat bermain dan menatap muka si anak. Ketenangan jiwa itu ada. Benarlah ayat al-Quran yang menyebut tentang ketenangan ini.
Pelajarilah ilmu rumah tangga dalam bentuk teori dahulu sebelum mengalami alam praktikal semoga kita tidak mengalami kejutan yang membuatkan rumah tangga itu goyah. Alhamdulillah bab-bab rumah tangga ni antara topik yang selalu menjadi bacaan saya ketika muda remaja.
Wallahu Ta’ala A’lam
Saturday, April 9, 2011
Menunggu Hari Debaran
Friday, March 18, 2011
Kepala Baby
Friday, February 11, 2011
Nasi Minyak
Pulau Melaka yang menggamit memori...
Penuh dgn kenangan suka & duka....1999-2005
Asrama zaujah,rumah tumpangan Pok Soh & Mokcik dari form 3 -5
Asrama Putera
Padang bola yang sarat dengan kenangan...
Setelah sekian lama tidak menjenguk sekolah kami. Alhamdulillah di kesempatan cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina kami ambil masa untuk ke Kelantan.
Mungkin zaujah agak lama tidak ke Kelantan. Saya paling akhir pergi Kelantan adalah minggu ke-4 selepas kahwin. Tu pun tak dapat jalan habis.
Kali ni kami kami ronda semua tempat yang biasa kami pergi masa sekolah dulu. Kami juga ambil kesempatan untuk membeli belah. Paling penting adalah makanan 'itu'. Agak lewat kami sampai di Kota Bharu. Semua tempat habis dijual, mujurlah bekalan baru sampai. Alhamdulillah....
Wallahu alam
Masak-Masak
Bismillahirrahmaanirrahim
Di atas adalah dua masakan yang dicuba oleh zaujah. Satunya bubur asyura dan yang kedua karipap kemboja. Bubur asyura kami belajar di internet. Kami dapati bubur asyura ada banyak jenis. Ada dari Kelantan, Terengganu dan lain-lain tempat lagi. Yang kami buat dari Kelantan. Rasanya pun hampir jadi walau pertama kali buat.
Kedua adalah karipap Kemboja. Karipap ni tak pernah belajar dari mana-mana. Dulu pernah rasa masa sekolah dan sekarang kami cuba buat. Alhamdulillah rasanya hampir-hampir sama. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada zaujah tercinta yang buat dua resepi ini. Baravo...!!!
Wallahu ta'ala a'lam
Kami di Kajang
Bismillahirrahmaanirrahim
Hampir seminggu kami mengemas rumah di Klang. Alhamdulillah saat tulisan ini ditulis saya dah dua hari di Kajang Utama.
Minggu terakhir saya di Klang saya diraikan dalam majlis usrah mingguan kami. Saya bersiap sedia dengan persediaan rapi untuk usrah terakhir saya di Klang. Saya tahu malam nanti kedatangan ahli usrah sudah tentu ramai lebih-lebih lagi di rumah KP.
Pertama saya bentangkan tentang pentingnya ikhlas dalam perjuangan dan ikhlas adalah antara rukun bagi kemenangan dalam perjuangan Islam.
Kedua saya jelaskan sebab-sebab keciciran ahli jemaah dalam perjuangan samada dari pihak jemaah dan juga masalah pribadi ahli tu sendiri. Tajuk ni saya amat terkilan jika tak dibentangkan pada malam tu.
Ketiga saya jelaskan mengenai jihad dan juga kewajipan ahli jemaah untuk berjuang dalam saf perjuangan. Alhamdulillah selesai semua tu saya rasa amat lega dengan harapan proses pentarbiyahan terus berjalan.
Akhir majlis kami dijamu dengan soto dan saya dihadiahkan hamper sebagai kenangan. Tidak lupa saya ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya Mohd Amin kerana melalui beliaulah saya di tarik menyertai jemaah.
Wallahu Ta'ala A'lam
Wednesday, February 9, 2011
Klinik Smart Solat 2010
Bismillahirrahmaanirrahim
11 dan 12 hb baru-baru ini telah berlangsung program Smart Solat anjuran JKKK Kg Raja Uda. Saya sebagai urusetia program manakala zaujah pula sebagai fasilitator.
Seawal tujuh pagi kami sudah berkumpul di Dewan JKKK Kg Raja Uda. Saya mula memberi taklimat kepada fasi yang akan menjaga peserta-peserta program yang berumur di antara 7-12 tahun.
Selesai sesi taklimat peserta diarahkan masuk ke dewan, fasi mula memperkenalkan diri masi
ng-masing. Peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan. Zaujah mendapat kumpulan perempuan. Kami jangkakan peserta perempuan melebihi peserta lelaki tetapi sebaliknya pula.
Walaupun pengurusan agak kelam kabut akhirnya semua berjalan lancar dan maklumbalas daripada ibu bapa amat memberangsangkan. Kami tahu semua yang terlibat menjayakan program ini keletihan namun mereka tetap bersemangat demi masa depan anak bangsa dalam menghadapi fitnah dunia zaman sekarang.
Ramai ibubapa mengharapkan jika ada program seperti ini agar tidak lupa memaklumkan kepada mereka. Atas permintaan yang memberangsangkan ini saya harap sahabat-sahabat semua boleh memikirkan program seperti ini pada masa akan datang.
Segunung tahniah saya tujukan kepada zaujah yang sentiasa bersamangat jika melibatkan soal pendidikan anak bangsa. Semoga pengorbanan dan penat lelah yang kita curahkan ini menjadi modal kita di akhirat nanti insyallah.
Wallahu Ta’ala A’lam
Menanti Hari Konvokesyen
Bismillahirrahmaanirrahim
Tanggal 2/ 12/ 2010 adalah hari penganugerahan kepada graduan-graduan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi di UITM. Antara mereka termasuklah isteri tercinta saya setelah bertungkus lumus belajar selama dua tahun untuk ijazah sarjana pertamanya.
Usai kerja di Pasti kami terus berangkat ke UITM Shah Alam. Awan gelap dengan angin mula bertiup agak kencang. Tak lama kemudia hujan turun. Lepas dari bandar Klang hujan turun lebat yang amat sangat. Kereta yang kami pandu tak lebih 50km sejam.
Kilat sambar menyambar, angin bertiup dengan kencang menghalang pemandangan pemandu. Kami lebih berhati-hati ketika memasuki UITM kerana kawasannya yang berbukit. Parkir yang penuh membuat saya nekad parking di tempat yang tak dihalalkan.
Hujan mula reda. Sampainya kami di kawasan menara (kawasan pentadbiran UITM) suasana disana agak huru-hara. Saya terkejut melihat keadaan seperti yang berlaku di Jasin. Peluang ni saya photokan semua keadaan huru hara itu. Apa yang saya dengar angin puting beliung berlaku, mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Selesai pengambilan jubah kami berphoto ala kadar. Bunga ditempah dengan potongan separuh harga dari harga asal akibat bencana yang tidak diduga itu. Perut yang berkeroncong menandakan kami perlu mengisinya kerana saban hari perut itu tidak diisi lagi.
Disebelah malam saya ada program di masjid negeri. Kami pulang dahulu ke Klang kemudian berangkat kembali ke Shah Alam. Masjid negeri menerima tetamu khas dari Syiria iaitu Sheikh Said Ramadhan Al Buti. Nak ke Syiria mungkin tidak oleh itu peluang mendengar muhadharah beliau tidak boleh dilepaskan.
Wallahu Ta’ala A’lam